Sahabat

Halaman

24 Februari 2015

Dalia Resources (SA0227982-A)

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 24, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Nak promote skit ni.. biz kecil2an aku kat pasar malam sekitar Shah Alam.. dah dekat 5 tahun buat biz ni  tapi baru ni nak tergerak promote kat sini..

Jom tengok apa ada di Dalia Resources..











Produk : Ice Blended pelbagai perisa
              :  Aiskrim Goyang / Magic pelbagai perisa

Selain meniaga di pasar malam, Dalia Resources juga sedia beraksi di majlis-majlis perkahwinan, majlis harijadi, majlis rasmi, dan segala jenis majlis... pakej pula ditawarkan amat berpatutan dan sangat berbaloi... 



Sila hubungi wakil kami atau datang sendiri ke lokasi kami seperti berikut :

Ahad : 

7am - 12.30 pm >> Pasar Pagi Subang Suria
4pm - 10pm >> Pasar Malam Bukit Subang

Isnin :
10am - 7pm >>  Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang

Selasa :
10am - 3pm >> Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm - 10pm >> Pasar Malam Surau Al -Razi Jalan Matahari Seksyen U5 Shah Alam

Rabu :
10am - 3pm >> Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm-10pm >> Pasar Malam Kampung Melayu Subang

Khamis :
10am - 7pm >>  Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang

Jumaat :
10am - 3pm >> Depan Masjid  / Sekolah Kebangsaan Bukit Subang
4pm - 10pm >> Pasar Malam TTDI Jaya Seksyen U2 Shah Alam

Sabtu :
Cuti

Untuk Maklumat Lanjut Sila Hubungi wakil kami:
Suhaimi 013-2666188


Sila like page kami di FB  : Dalia Resources
                                  Blog : Dalia Resources

21 Februari 2015

Ujian Sains Terhadap Solat

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 21, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Sharing Is Caring

Hari ni aku nak share sesuatu yang aku rasa ramai diantara kita tak tahu akan hal ni..

Ujian sains dah pun buktikan bahawa setiap pergerakan kita ketika melakukan solat boleh memberikan impak kepada otot2 kita... secara tak langsung itu adalah salah satu cara kita workout tanpa perlu bersusah payah pergi ke gym.

Sehari cuma 5 kali.. Lebih kurang 5 minit je pun setiap kali solat.. nak lebih lagi boleh lakukan solat2 sunat. Pahala dapat, kesihatan pun terjamin. Paling penting kestabilan mental dan emosi.. kalau mental dan emosi tak stabil, susah gak... kannnn?



Jom solat! Tiang agama jangan dilupakan ya...

Daaaaaaaaaaaaaaa!

16 Februari 2015

Status Blog #37

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 16, 2015 0 comments

Hari ni dengan esok aku kursus kat IPN Sabak Bernam... semalam lagi aku dah sampai sini dengan Sue.. ok. Kelas dah nak start.. fokus... fokus... Zzzzzzz!




15 Februari 2015

Menu Atkins : Flaxseed Bread

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 15, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni buat pertama kalinya aku cuba buat flaxseed bread. Kalau ikutkan memang malas je nak buat, tapi memandangkan tengahari ni aku dah nak ke Sabak Bernam sehingga Selasa, nak tak nak aku buat jugalah.. standby kut2 nanti aku kelaparan masa kat sana nanti.. yerla.. aku tak tau lagi apa yang pihak IPN sediakan untuk menu makanan nanti.. so.. standby je la..

Bila sediakan barang2, baru perasan yang baking powder dah abis.. takpe la.. kita guna apa yang ada je..

2 cawan flaxseed
1 sudu serbuk kayu manis
3 biji telur
1/2 cawan air
1/2 cawan minyak
shortening
stevia
garam

dan inilah hasilnya...




Alhamdulillah... aku boleh terima rasa flaxseed bread ni... lain kali boleh buat lagi dan pelbagaikan resepi... hehehe

Ni la bekal yang aku nak bawa ke Sabak Bernam. Harap2 cukup la... hehe!

Sekian...

daaaaaaaaaaaa....

Update pada 22/2/2015

Alhamdulillah... hari ni aku sempat buat lagi flaxseed bread.. kali ni aku letak baking powder skit.. dan inilah hasilnya...

Kali ni aku gunakan acuan kecil2..

Burger Flaxseed Atkins... aku gunakan meatloaf Ayamas (100gm = 2.2g carbs..) sekeping meatloaf tu aku potong 3.. setiap potongan aku selitkan cheddar cheese yang dipotong 6.. mayonis kewpie merah dan sedikit sos nandos.. 










14 Februari 2015

Diet Atkins : Fuhh Lega....

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 14, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Sebelum ni aku risau sangat sebab berat badan aku statik je tak turun selepas aku cheat masa balik kampung tempohari. Bila balik sini semua, aku start re-induction tapi setelah beberapa hari pun berat masih statik. Stress juga dibuatnya...

Pagi ni bila aku timbang, Alhamdulillah berat badan aku dah mula turun walaupun sikit. Tapi tak kisahlah kan... yang penting turun. Dan yang paling penting, lepas ni aku tak berani dah nak cheat lagi. serik !!! haha!

Cuma yang aku risaukan, esok aku akan pergi kursus di IPN Sabak Bernam sampai Selasa. Aku risau makanan yang disediakan tu mengandungi carbs yang tinggi. Adoi la.. Biasanya diorang suka masukkan gula dalam masakan... nampak gayanya aku kena bawak stok telur dan sayur untuk aku masak sendiri kat bilik.. masak dalam erti kata rendam dengan air panas jer... hehe!

Oklah...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!



09 Februari 2015

Status Blog #36

By Dalia Hassan at Isnin, Februari 09, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt....

Dah beberapa hari aku tak sempat nak update blog. Sibuk yang amat.. aku rasa encik kambing, lembu, ayam, itik dan yang seangkatan dengannya pun tak sesibuk aku..  tak percaya tanyalah mereka... hehe!

Alhamdulillah. Usai sudah sesi pendaftaran aku kat UTM Skudai pada Sabtu lepas. Dan hari ini aku masih berada di Johor rumah family aku. Orang kata alang2 dah balik kampung ni, biarlah lama sikit, yer tak? Sebab tu la bila dah kat kg ni memang jarang la pegang henpon. Ada aktiviti lebih penting dari ber media sosial ni.. hahaha!

Oh ya! Pasal diet atkins... adoiyai.. bila dah balik kampung ni, memang payah nak tahan keimanan dari menjamah masakan mak... abislah abislah abislahhhhhhh! Tapi takperlah... balik Subang nanti aku re-induction... ngeeeeeeee!

Okla... tu je laporan aku untuk beberapa hari ni...

Daaaaaaaaaaaaa!

01 Februari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Keempat Belas

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 01, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Semalam hari ke 14 aku buat DA ni... cukup dua minggu induksi tapi aku masih perlu teruskan induksi ni sampai aku rasa perlu masuk ke fasa 2.. kesilapan dalam pengiraan carbs memang betul2 buat aku menyesal.. tapi takpe la.. saya budak baru belajar... dan juga belajar dari kesilapan.. tapi apa pun, sepanjang 14 hari aku DA, Alhamdulillah berat dah turun 7.7kg..

Dan semalam aktiviti aku memang sibuk.. kerja separuh hari lepas tu aku ke giant beli stok bahan mentah... balik dari giant masak untuk famili then lepas asar terus ke Nilai rumah kazen. Dari rumah kazen lepas magrib menyinggah rumah bespren untuk tengok baby dia... cabarannya, kat rumah kazen dia buat jemput2 goreng. Ada kek keju meleleh dan juga brownies oreo yang baru je keluar dari oven. Memang aku tak berani nak makan, telan air liur je la.. kat rumah Asha pulak dia buat bihun goreng dengan nugget. Aku tumpang tengok je la.. nasib baik tak tergugat iman.. hahaha!

Oh. Menu aku semalam simple jer.

Sarapan : 2 biji telur rebus
Lunch : Nugget Ayam Atkins
Dinner : Ayam Goreng

Dan aku cuma amik gambar nugget ayam atkins ni je.. yang lain, tak payahla... sama jer.. huhu!


Daaaaaaaaaaa!

Alia : lepas ni aku dah tak masukkan menu harian aku sebab aku hanya masak menu yang sama jer.. boring pulak nanti asyik tengok menu yang sama...  cuma kalau aku ada resepi atkins yang terbaru aku akan kongsi resepi tu...

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review