Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label cabaran30hari‬. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cabaran30hari‬. Papar semua catatan

01 Oktober 2014

Day 31 : Apa Yang Aku Dapat Dengan Berblog

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 01, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Entry terakhir untuk cabaran 30 hari. Bersemangat sungguh nak menulis walaupun aku sendiri tak tau nak tulis apa.. Haha!

Apa yang aku dapat dengan berblog? 

Sebenarnya aku menulis blog ini adalah untuk kepuasan diri sendiri. Aku mula menulis blog ni sejak awal tahun 2010 dan pada ketika itu (mungkin sehingga kini) kawan baik aku sendiri tak tahu akan kewujudan blog aku ni.. Aku lebih selesa orang luar yang membaca blog aku daripada kawan2 aku.. Bukan apa, aku segan bila kisah aku dibaca oleh kawan2 aku sendiri. Lainlah kalau orang tu orang luar, diorang tak kenal aku siapa, jadi tak perlu aku segankan... Hinggakan kawan sebelah aku pun tak tahu aku ada blog...  Bukan saja kawan2, adik beradik aku pun tak tahu aku ada blog, hingga sekarang..

Cuma ada sekali kawan sekerja aku tanya aku, D`Alia Gallery ni blog aku ker? Dia terbaca satu kisah tentang lawatan kebajikan aku ke rumah orang2 tua di Puchong.. Alahai.. Terkantoi plak tapi aku iakan je la. Kemudian kantoi pulak dengan bespren I.. I siap pesan kat dia, "kalau u baca blog I, I tak kisah tapi tolong jangan bagitau I yang u baca blog I.. Senyap2 sudah...." Hahahaha entah apa2 je kan.. Tapi sekarang dan ramai juga kawan2 aku yang tau tentang kewujudan blog aku ni termasuk my boss yang entah dari mana dia dapat tau... Lantakla.. Jangan dia skodeng entry lama sudahlah sebab dulu aku selalu kutuk dia... Hahaha jangan marah yer Baim Wong Celup a.k.a my boss yang sweet...peace no war...

Tapi sekarang agenda aku dan berubah sikit.. Kalau dulu bermotifkan kepuasan dan minat semata2, tapi sekarang aku nak jadikan minat aku dalam berblog ni sebagai sumber pendapatan aku.. Apa salahnya kan? 2 in 1.. Kepuasan dapat, RM pun dapat.. Terima kasih nuffnang yang bermurah hati.. Aku akan cuba melipat gandakan usaha aku untuk menulis sesuatu at least sehari 1 entry.. 

Chayo chayokkkkk!


30 Days Blogs Challenge


Day 30 : Perkara Menarik Yang Aku Banggakan Tahun Ini

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 01, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt....

Nampaknya, dah semakin ke penghujung dah  #‎cabaran30hari‬  ‪#‎kelabbloggerbenashaari ni.. tak sangka rupanya aku masih mampu menulis walaupun mempunyai kekangan masa.. nampaknya lepas ni, takder alasan la untuk biarkan blog aku ni bersawang tak berusik.. hehe! 

Apa yang boleh aku banggakan dengan diri aku, walaupun dibebani dengan tugasan di pejabat, tanggungjawab seorang isteri dan juga seorang ibu, aku masih mampu membahagikan sedikit masa untuk menulis di blog aku ni walaupun kadang-kadang tercicir juga untuk beberapa hari. Tapi aku masih boleh mengejar walaupun apa yang aku tulis mungkin seringkas yang boleh. 

Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa sebelum ni aku aku sentiasa beralasan untuk menulis sesuatu... tak cukup masa.. tak sempat.. anak kacau.. tapi bila aku sertai cabaan ni baru aku nampak bahawa semua tu adalah alasan.. bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih...

Yang pasti cabaran 30 hari ini adalah salah satu perkara yang membanggakan aku pada tahun ni.. nak banggakan benda lain, rasanya memang takder.. nak berbangga dengan kerja, kerja aku biasa2 jer.. tak ada pun yang perlu dibanggakan... tak ada pun pencapaian yang boleh buatkan hidung aku kembang kuncup.. tak pernah pun dapat APC.. sijil penghargaan pun baru sekali dapat, itupun sempena Hari Polis tahun 2012.. lepas tu tak ada dah...

Oh! baru aku teringat.. April hari tu aku masuk pertandingan menembak kat PGA Cheras... sebelum ni tiap tiap tahun masuk tapi tak dapat tempat.. tapi rezeki tahun ni aku dapat pulak hadiah. Dan hadiah tu aku dah gunakan pada Isnin baru baru ni.. 2 keping tiket masuk Sunway Lagoon.. memang berbaloi baloi.. kalau nak beli tiket sendiri memang tak lah! mahal.. haha! 

Ok. Tu je la yang mampu aku banggakan untuk tahun ni... semoga sebelum berakhirnya 2014, akan ada perkara lain yang boleh aku banggakan sebagai kenangan aku pada tahun 2014 ni...

Sekian...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


30 Days Blogs Challenge





30 September 2014

Day 29 : Bunga Kegemaran

By Dalia Hassan at Selasa, September 30, 2014 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Bercerita tentang bunga, wanita dan bunga memang saling berkaitan.. aku sendiri, nama pun dah macam bunga.. 

Dalia = Dahlia..

Walaupun nama aku Dalia, tapi kawan2 aku akan panggil aku Dahlia. itu biasa.. dari zaman sekolah sampailah sekarang.. aku biasa dengan panggilan Dahlia.. tak kisah pun.. malah ada beberapa orang kawan yang panggil aku 'bunga' juga 'daisy'.... bukan tu ajer, adik beradik aku pun dah terbiasa panggil nama aku Dahlia... 

Pernah masa zaman kuliah dulu, En. Hamdan lecturer aku yang memgajar subjek marketing, bercerita dalam kelas pasal kegilaan isteri dia terhadap bunga.. dengan tak semena2 dia tanya aku, 

"Awak suka bunga tak Dahlia?"

... spontan aku terus jawab 

"Mestilah suka... nama saya pun bunga...." (sambil buat muka gatal kat lecturer) hehe!

Begitulah secara ringkasnya... bunga kegemaran aku dan juga ertinya pada aku...

daaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge

28 September 2014

Day 28 : Andainya.....

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt...


Semenjak dua menjak ni sibuk la sangat2.. cabaran ni pun kadang2 memang tak sempat nak buat... kalau buat pun ringkas seringkas ringkasnya... hehehe... okla kan.. yang penting aku berusaha untuk sempurnakan cabaran ni...


  • Andainya aku tak join cabaran ni, memang makin bersawang la blog aku ni.. haha! Rasanya bulan ni la yang aku paling banyak menulis entry... Alhamdulillah... boleh rupanya...


  • Andainya ku bisa putarkan saat waktu, ku cuba perbetulkan segala kesilapan lalu.. (eh eh! macam lirik lagu jer) hahaha! kalau boleh aku nak kembali ke zaman remaja...


  • Andainya aku diberi kuasa luar biasa untuk membaca isi hati orang... alangkah bagusnya agar aku dapat kenal yang mana kawan yang mana lawan... tapi sayangnya aku tidak punyai kuasa itu! (banyak tengok kartun ni)


  • Andainya aku bisa memilih.... (oh! biarlah rahsia)


  • Andainya esok aku pergi menghadap Ilahi, sedekahkanlah aku dengan surah Al Fatihah... Sampaikanlah salam peluk cium buat kedua anakandaku Ainul Mardhiah dan Arissa Qaisara... sesungguhnya bonda amat menyayangi kalian dengan sepenuh hati bonda...


Sekian

30 Days Blogs Challenge


Day 27 : Mood Aku Hari Ini

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments


#‎cabaran30hari‬ 



Kenapa aku boringgg? Sebab aku kena kerja.. sorang sorang pulak tu.. sampai2 opis tengok elektrik takder.. call pulak budak maintenance untuk betulkan.. sementara nak tunggu budak tu datang, tak keruan aku dibuatnya... mengantuk.. lapar.. macam2 lagi la...

Yang pasti memang ianya adalah sesuatu yang membuatkan aku rasa bosan...


30 Days Blogs Challenge


Day 26 : Gajet Kepunyaan Aku

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments
Ok. Cuba untuk berlari mengejar entry yang telah tertinggal... haha!

 Ini sahaja gajet yang aku ada...

1) Samsung S4
2) Samsung Galaxy Young
3) Lenovo


Sebenarnya aku ada lagi satu Samsung Tab Plus 7.0 tapi aku dah hantar kat adik aku mintak dia repair.. rosak dah asyik kena hempas dengan dak tecik ni.. huhu..



30 Days Blogs Challenge


Day 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Aku Baca

By Dalia Hassan at Ahad, September 28, 2014 0 comments
Assalamualaikum wbt..

Alamak! Hari ke 25 punya entry baru nak buat hari ni... hahhah! aku tak ingat dah apa yang aku baca pada hari tu, sebab pagi tu aku ada interview dan aku sibuk menghafal pasal GST. hahaha!

#‎cabaran30hari‬ 

Tapi yang pasti, aku ada terbaca dan tengok berita tentang kemenangan BN di PRK Pengkalan Kubor.. itu pun dah lewat malam baru aku tau... hahaha!



30 Days Blogs Challenge

26 September 2014

Day 24 : Rumah Impian Aku

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2014 0 comments


Bercerita pasal rumah idaman, memang la setiap orang pun ada impian untuk memiliki rumah yang hebat. Begitu juga aku... memang sejak zaman sekolah aku dah memasang angan2 untuk memiliki rumah yang besar, cantik, mewah... ada swimming pool. Landscape yang cantik menarik kau memang daboom! Alangkah indah andainya hajat aku tu tercapai....

#‎cabaran30hari‬ 



Sumber Gambar : Pakcik Google

Amacam? Simple je kan?hahahahahahha mimpi betul la.. tapi, kalaulah betul2 aku dapat rumah macam ni, memang setahun aku tak keluar rumah, hanya menikmati ketenangan dan keindahan yang ada kat rumah aku tu... hari2 swimming biar pecah segala lemak kat badan ni... alaaa... kalau dah kaya tak keje setahun pun takper... kannnnn.... hahahhahahah!

Kalau aku kayaaaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge




Day 23 : Pekerjaan Yang Aku Inginkan

By Dalia Hassan at Jumaat, September 26, 2014 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Nampaknya aku dah ketinggalan beberapa hari ni.. tapi takper.. aku cuba abiskan hari ni juga untuk menulis entry yang dah tertinggal tu... walaupun ringkas.. kekeke!


Apa agaknya pekerjaan yang aku inginkan selain dari kerja aku sekarang?

Jawapannya adalah PENOLONG PENGUASA KASTAM. Wah! Mentang2lah baru semalam pergi interview (walaupun harapan sangat tipis) tapi apa salahnya kalau aku berangan angan. Tak kena bayar pun, kan... kekeke! Selain dari tu, sebenarnya aku teringin sangat nak jadi PILOT.. boleh keliling dunia..  tapi hajat tu tak kesampaian pulak.. haha!

Boleh la baca pengalaman aku interview jawatan tu semalam kat sini....

Sekian....

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

30 Days Blogs Challenge



PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review