Sahabat

Halaman

20 Februari 2011

Dari KotaTinggi ke Bukit Tinggi

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 20, 2011 0 comments
Pagi semalam family mertua aku dari Kota Tinggi datang rumah aku, diorang akan berada kat KL ni sampai hari Selasa ni. Petang semalam aku dah bawa diorang pergi jalan-jalan ke KLCC dan Jalan TAR, so hari ni jalan-jalan cuci mata di Bukit Tinggi pulak... Sempat la snap beberapa keping gambar (sebelum bateri kamera aku kong) yang majoritinya anak2 aku yang jadi model setiap lokasi....

 Balik dari Bukit Tinggi kitorang singgah sekali lagi di Jalan TAR walaupun semalam dah datang sana coz semalam ramai gila manusia kat sana, maklumlah Sabtu memang menjadi pilihan untuk ke sana kerana masing-masing berebut2 nak ke pasar malam jalan TAR. Macam-macam ada sampai rambang mata dibuatnya.

















   Mengusha untuk dapatkan belon dari abang clown
     dapat belon kuda babylon dari abang clown










       eh! ucu pun nak belon jugak ker?


     The Russian Roulette : cuci mata ler...


gambar terakhir sebelum my kamera kehabisan bateri....


Alia : so, apa plan untuk esok? nak pergi mana pula yer? *thinking*

19 Februari 2011

Hari ini : Mesyuarat Agung PERKEP

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 19, 2011 0 comments
Petang ni dalam kul 2pm ada mesyuarat agung Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), tapi nampaknya aku terpaksa tidak menghadirkan diri walaupun kehadiran memang diwajibkan. Bukan apa, aku dah memang ada program awal2 lagi, lagipun family mertua aku baru sampai dari kampung malam tadi... takkan aku nak biarkan tetamu sendiri kat rumah, betul tak?  Lagipun hari ni aku nak bawak diorang jalan2 kat KL...

Lagi satu, bukan nak protest ke apa, tapi diorang tak boleh jugak nak salahkan aku kalau tak datang.... Hari ni nak meeting, pagi semalam baru hantar semboyan kat kitorang... at least bagilah seminggu lebih awal ker sebab aku tau semboyan tu dah lama sampai kat pengurusan, cuma diorang lambat sangat nak bagi kat kitorang... so, tengok jer la apa hukuman yang menanti, aku terima jer... what to do? memang dah tak boleh nak elak dah.....

Selamat bermesyuarat lah ye kepada semua kawan2 ku yang akan pergi meeting petang ni.... apa2 keputusan pun aku setuju 100%..... dan..... aku tunggu jer apa tindakan yang akan dikenakan keatasku... whatever!

15 Februari 2011

Nik Irfan dan Caprice: Berbakat sungguh budak berdua ini...

By Dalia Hassan at Selasa, Februari 15, 2011 0 comments
First time tengok video clip diorang ni, memang aku tertarik.... dua2 berbakat besar... harap Nik Irfan dan Caprice berjaya dengan muzik diorang...


13 Februari 2011

Tukarkan Lemak Anda Menjadi Duit!

By Dalia Hassan at Ahad, Februari 13, 2011 1 comments



rxlite worldwellnessDi kala ini dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meninggi ramai yang cuba mempelbagaikan sumber pendapatan. Baik pegawai tinggi sampailah ke suri rumah. Baik lulusan university sampailah kepada operator kilang. Tetapi semua maklum dengan bekerja makan gaji kita tiada kuasa untuk menambah pendapatan kita sendiri. Kalau tak percaya, besok pergi jumpa boss cakap dengan dia "Boss, saya ni dah kerja hampir 5 tahun. Rajin pun rajin. Punch card pun tak pernah merah. Kalau boleh start bulan depan naikkan gaji saya jari RM3000 ok?". Agak-agak apa jawapan yang anda bakal terima?
Jadi dek kerana itu masing-masing cuba berniaga. Tapi berniaga bukanlah satu profession yang sangat mudah. Modal yang besar dan risiko yang tinggi malah menuntut pengorbanan yang sangat besar disamping ilmu dan pengetahuan dalam selok belok perniagaan. Apakah corak perniagaan yang paling rendah modal dan paling minimum risikonya?
Untuk berniaga dan memastikan pulangan yang maksimum kita memerlukan sistem yang effisyen dan disokong dengan produk yang berkualiti. Itulah yang membezakan peniaga burger di tepi jalan dengan restoran franchais. Mereka hanya sekadar bekerja sendiri (self-employee) dan bukan lagi dalam kategori usahawan (business). Untuk menjadi usahawan anda perlu mempunyai sebuah syarikat besar dengan puluhan malah ratusan kakitangan bawahan untuk menguruskan perniagaan anda.
Bekerja makan gaji (Employee), anda hanya akan dapat separuh dari usaha anda. Tak percaya? Jika anda bekerja di company A adakah anda layak menerima gaji RM2000 sebulan jika majikan anda merasakan anda tidak mampu membawa keuntungan lebih dari RM2000 sebulan kepada pihak syarikat? Sudah tentu tidak bukan?
Bekerja sendiri (Self Employed) beerti anda layak terima 100% dari usaha anda. Sama seperti peniaga stall burger tadi. Bukak kedai, ada income. Kena time cuti, sakit, nak balik kampung, kena tutup kedai, maka tiadalah income.
Usahawan (Businessman) pula sangat berbeza. Pendapatannya mampu mencecah 300%, 400% dari usahanya bergantung kepada saiz organisasi dan kakitangan dibawahnya. Ini yang membezakan antara tuan punya estet dengan penoreh getah. Penoreh getah hanya layak terima gaji untuk 8 jam waktu kerjanya sehari. Sebaliknya tuan estet yang mempunyai 50 pekerja dibawahnya yang masing-masing bekerja 8 jam sehari, beliau mampu menerima pendapatan umpama bekerja 400 jam sehari. Nampak perbezaannya?
Kategori mana yang paling menguntungkan? Dan jika anda bercadang untuk menceburi diri dalam perniagaan jenis perniagaan mana yang anda ingin ceburi? Jika anda ingin menambah pendapatan, pendapatan bagaimana yang anda impikan?



Pengedar RxLite
Jadilah USAHAWAN dengan menjadi salah seorang dari ratusan ribu Pengedar Sah kami!
  • Potensi untuk menentukan sendiri berapa jumlah pendapatan yang anda mahukan setiap bulan.
  • Potensi kenaikan bonus setiap bulan berkali-kali ganda dari bonus tahunan yang anda perolehi sekarang.
  • Potensi untuk memiliki organisasi sendiri dengan ribuan kakitangan bawahan yang mendokong jaringan perniagaan anda.
  • Miliki sendiri sistem perniagaan yang effisyen dengan produk yang sangat berkualiti yang menjadi rebutan ramai.
  • Miliki barisan kakitangan sokongan yang merekodkan segala jualan, bonus dan incentif anda serta jaringat rangkaian dibawah anda tanpa perlu anda menggajikan mereka.
  • Potensi mengembangkan perniagaan keseluruh malaysia dengan sistem web promosi replika yang ditawarkan dari kami di RxLite2u.net

10 Februari 2011

Harimau Malaya membara

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 10, 2011 0 comments
PEMAIN Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar  (kiri)  dicabar pemain Hong Kong Lo Kwan Yee pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Sumber: Berita Harian
 
 

Oleh Syed Riduan Ahmad

2011/02/10


PEMAIN Malaysia Mohd Asraruddin Putra Omar (kiri) dicabar pemain Hong Kong Lo Kwan Yee pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Skuad bola sepak negara kekal reputasi jagoan Asia Tenggara

SKUAD kendalian K Rajagobal memastikan gelaran juara Asia Tenggara bukan diperoleh secara nasib apabila meneruskan rentak kemenangan dengan menewaskan Hong Kong 2-0 hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-44 dan Mohd Amirulhadi Zainal (m90).

Malaysia yang berada tiga anak tangga di atas lawannya itu dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) - Malaysia di tangga ke 140, Hong Kong 143 - memastikan reputasi sebagai juara Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak tercalar pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Pada babak pertama, Malaysia lebih tenang mengawal permainan dengan barisan tengah dikemudi Safiq, beberapa kali berjaya membuat umpanan cantik kepada jentera serangan, Mohd Safee Sali dan Ahmad Fakri Saarani.
Rembatan Safee pada minit ke-13, berjaya ditepis Yap Hung Fai dan terkena tiang. Minit ke-24, Fakri pula hampir menewaskan kubu terakhir Hong Kong, tetapi tandukannya sedikit tersasar.

Seminit sebelum rehat, kapten negara akhirnya melunaskan tanggungjawab membuka jaringan dengan memperdaya tiga pertahanan lawan sebelum merembat melepasi Hung Fai untuk menamatkan babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Minit ke 53 dan 58, Rajagobal memasukkan Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Farizal Marlias menggantikan Fakri di jentera serangan dan Khairul Fahmi Che Mat di kubu terakhir. Malaysia terus mengawal permainan tetapi gagal menambah jaringan.

Dua lagi pertukaran dilakukan Rajagobal pada minit ke-64, memasukkan Amirulhadi dan Mohd Sabre Mat Abu, dan mengeluarkan Mohd Ashaari Samsuddin serta Mahali Jasuli. Malaysia hampir menambah jaringan menerusi tendangan percuma yang ditolak Safiq kepada Aidil, tetapi rembatan pemain pertahanan itu sedikit tersasar.
Peluang negara menggandakan jaringan sekali lagi dinafikan apabila rembatan Kunanlan dalam kotak penalti terkena palang gol pada minit ke-80. Selang tiga minit, sepakan percuma Safiq dari luar kotak penalti terkena benteng Hong Kong. Amirulhadi melengkapkan kemenangan 2-0 negara selepas melepasi perangkap ofsaid Hong Kong dan mudah menewaskan Hung Fai.


Alia: Tahniah buat pasukan Malaysia! Cayalah!

05 Februari 2011

Pengembaraan di Petrosains, KLCC

By Dalia Hassan at Sabtu, Februari 05, 2011 0 comments
Semalam aku sempat bawak anak2 buah aku ke Petrosains, KLCC sempena cuti sekolah ni... sebenarnya hajat hati nak masuk sehari sebelumnya, tapi oleh kerana kepadatan pengunjung2 di KLCC sempena cuti perayaan CNY, tiket sold out... dan hari tu kami pon mendivertkan diri ke i-city, shah alam... menikmati suasana lampu2 yang bergemerlapan dikiri dan kanan jalan....

berbalik pada cerita di Petrosains ni... ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke sini... biasanya kalau berjalan2 ke KLCC pon hanya lalu saja di depan Petrosains ni, tapi kali ni sempena cuti sekolah anak2 buah aku teringin nak menerokai dunia sains di Petrosains ni... jom kita layan gambar2 yang sempat dirakamkan ketika berada disana...

                                            Sementara nak tunggu turn utk naik sekilas masa..









































PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review