Sahabat

Halaman

21 September 2016

Status Blog #101

By Dalia Hassan at Rabu, September 21, 2016 0 comments

Assalamualaikum wbt..

Al kisah pagi tadi masa perhimpuanan bulanan IPD Subang Jaya. Aku pun beratur macam biasa la. Lebih kurang kul 8 pagi tuan OCPD sampai dan bagi ucapan. Tetiba lepas ucapan tu, dia tanya.. Siapa kat sini dikalangan pegawai kanan, anggota dengan pegawai awam yang lahir bulan September? Aku pun spontan terus angkat tangan. Tertanya-tanya jugakla kenapa... Selain aku, ada 5 orang yang lain. Rupa-rupanya dia wish besday kami kat depan ramai2 orang tu... siap sebut nama sorang2... terharu aku...

Dan.. disebabkan pengiklanan yang tuan OCPD buat tu, hari ni aku rasa dah macam artis. Member2 lain datang opis aku semua ucap besday.. aku pergi kantin, diorang wish... aku pergi surau, diorang wish... tu belum kira lagi yang wasap dan call... yang sebelum ni tak pernah2 wasap pun tetiba wasap...

Apa2 pun, thanks semua yer walaupun sebenarnya besday aku Jumaat ni...

*Sebenarnya... aku dah deactivate facebook asal aku sejak awal September lalu sebab kalau boleh aku tak nak orang lain tau besday aku. Aku nak senyap jer. Aku wujudkan akaun facebook baru, dan friendlist aku lebih kurang 20 -30 orang, itupun aku pilih2 kawan. Yang lain2 aku cuma like page2 untuk aku dapatkan update pasal isu semasa. Aku deactivate fb sebab taknak orang lain tau besday, tapi akhirnya sebelum besday dah ramai yang wish... Sia2! haha!

10 September 2016

Kejohanan Bola Tampar Piala KP Selangor 2016

By Dalia Hassan at Sabtu, September 10, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...


Berakhir sudah Kejohanan Bola Tampar Piala Ketua Polis Selangor 2016 yang berlangsung pada 6 - 8 September yang lepas di Universiti Islam Antarabangsa, Gombak. Banyak betul kenangan manis kali ni. Haha.. Kadang kadang aku tersenyum sorang bila teringatkan gelagat kawan kawan aku ni, lebih2 lagi si Intan, budak cawangan persenjataan. Tak sangka aku dia tu jenis gila2. Memang tak kering gusi dibuatnya...

(Banyak lagi aku nak cerita, tapi tak cukup masa. sekarang ni pun curi2 masa dalam kereta tengah menghadap jem nak balik ke kota tinggi... in shaa allah ada masa nanti aku cerita pengalaman aku kat sana)










Hiking @ Bukit Batu Putih, Port Dickson

By Dalia Hassan at Sabtu, September 10, 2016 0 comments
Assalamualaikum wbt...




Dalam pada sibuk training bola tampar, Ahad lepas, (4/9/2016) sempat juga aku curi2 masa pergi hiking dengan Geng Outdoor Subang Jaya ke Bukit Batu Putih, Port Dickson. Ni semua gara gara tak dapat menahan rasa rindu untuk menikmati keindahan alam la ni, ditambah tambah lagi dengan hasutan geng geng yang lain. So kami ambil keputusan untuk ke Bukit Batu Putih sebab kedudukannya yang tak berapa jauh (dan juga tak berapa dekat)




Aku dan suami gerak dari IPD selepas subuh. Saja ambil keputusan untuk subuh di surau IPD lepastu terus ambik Yatz kat Amanputra.. Ila, Kenz, Alin dan Induk tunggu kami terus di Tanjung Tuan... Konon2 nak cepat, tapi tersesat masa nak ambik Yatz. Berpusing pusing cari jalan. Memang GPS ni tak boleh dipercayai laaaa... (GPS gak yang salah)



Meh la tengok gambar2 yang kami sempat ambil...










Tour Of Duty (Kursus) @ AKEPT

By Dalia Hassan at Sabtu, September 10, 2016 0 comments


Assalamualaikum wbt...




Pada 24/8/2016 hingga 26/8/2016 yang lepas aku telah menghadiri satu kursus di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) di Nilai, Negeri Sembilan. Kursus Integriti Kewangan ini disertai oleh 50 orang anggota dan pegawai awam PDRM yang terlibat dalam pengurusan kewangan zon tengah dan selatan.


Bagi aku, inilah masa untuk aku melarikan diri dari bebanan tugas di opis.


haha!




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review