Sahabat

Halaman

21 September 2016

Status Blog #101

By Dalia Hassan at Rabu, September 21, 2016

Assalamualaikum wbt..

Al kisah pagi tadi masa perhimpuanan bulanan IPD Subang Jaya. Aku pun beratur macam biasa la. Lebih kurang kul 8 pagi tuan OCPD sampai dan bagi ucapan. Tetiba lepas ucapan tu, dia tanya.. Siapa kat sini dikalangan pegawai kanan, anggota dengan pegawai awam yang lahir bulan September? Aku pun spontan terus angkat tangan. Tertanya-tanya jugakla kenapa... Selain aku, ada 5 orang yang lain. Rupa-rupanya dia wish besday kami kat depan ramai2 orang tu... siap sebut nama sorang2... terharu aku...

Dan.. disebabkan pengiklanan yang tuan OCPD buat tu, hari ni aku rasa dah macam artis. Member2 lain datang opis aku semua ucap besday.. aku pergi kantin, diorang wish... aku pergi surau, diorang wish... tu belum kira lagi yang wasap dan call... yang sebelum ni tak pernah2 wasap pun tetiba wasap...

Apa2 pun, thanks semua yer walaupun sebenarnya besday aku Jumaat ni...

*Sebenarnya... aku dah deactivate facebook asal aku sejak awal September lalu sebab kalau boleh aku tak nak orang lain tau besday aku. Aku nak senyap jer. Aku wujudkan akaun facebook baru, dan friendlist aku lebih kurang 20 -30 orang, itupun aku pilih2 kawan. Yang lain2 aku cuma like page2 untuk aku dapatkan update pasal isu semasa. Aku deactivate fb sebab taknak orang lain tau besday, tapi akhirnya sebelum besday dah ramai yang wish... Sia2! haha!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review