Sahabat

Halaman

30 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Ketiga Belas

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 30, 2015 0 comments

Hari ni sebenarnya hari yang menguji keimanan... Apa taknya, hari ni aku ke Melaka untuk jumpa mak dan kakak2 aku... berapa kali juga aku cuba mengelak apabila diajak makan... haissss! Mujurlah sebelum keluar rumah tadi aku dah sempat buat sarapan dan masak untuk bekalan tengahari walaupun boleh je aku singgah mana2 untuk beli makanan....

Awas! Ini bukan menu Atkins...
Saja jer kan.. kak ani siap bagi aku pau bunga ros ni.. tapi nasib baiklah aku masih mampu menahan keimanan dari makan sesuatu yang boleh mensia2 kan DA aku.. penyudahnya... aku tapau bawak balik rumah bagi anak2 aku makan...

2 biji telur 3/4 masak... aku makan sebagai sarapan sebelum keluar rumah tadi.. 3/4 masak, oklah berbanding 1/2 masak... memang aku takleh nak telan...
Sup sayur dan telur... ok.. yang ni sedap... aku bawak bekal pegi Melaka.. tengahari lepak rumah kak Ani, aku bukak bekal ni padahal dia dah belikan aku nasi ayam special kat restoren dekat rumah dia... mujurlah tak terliur tengok nasi ayam yang dipanggang bersama madu tu..
Ni menu makan malam aku... chicball cheese... bolehlaaaaa...
Chicball cheese sedia untuk dimakan....
Sebelum balik, mak serah kat aku 2 beg plastik penuh berisi rambutan, cempedak yang dah diletak dalam bekas dan kek pandan! Aku hanya mampu memandang dan telan air liur... rambutan tu satu plastik aku dah bagi kat jiran... satu plastik lagi ada kat dapur tu... huhu.. buat2 tak nampak dah laaa...

Aktiviti Hari Ini @ Melaka

By Dalia Hassan at Jumaat, Januari 30, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni seawal pagi aku dah bertolak ke Melaka.. Memandangkan borang aku untuk sambung belajar masih belum lengkap dan memerlukan tandatangan penjamin, so hari ni aku boleh jumpa along aku yang kebetulan hantar mak aku check up kat Hospital Melaka... dia dengan kak ani la jadi mangsa untuk jadi penjamin aku...

Yang kelakarnya, aku dengan confidentnya terus tuju ke hospital pakar pantai memandangkan sebelum ni memang mak akan rujuk ke sana jika ada rawatan susulan.. rupa2nya along aku bawa mak ke Hospital Melaka kerana kak ani aku yang kerja kat situ dah setkan appointment dengan doktor sana untuk mak buat mamogram..

Selesai urusan di Hospital, masa untuk kami cuci mata kat Jusco...

semua nak menyelit... hehe!

lupa nak pakai lipstick!

hamboiii mak buat mulut seksi....

opsssss! tak muat der..


bila makcik dan anak buah bergabung....

umur mak dah 67 tahun tapi masih cantik.. sayangggggg makk! mmuahhh!




Dah memang kami adik beradik memang kaki selfie... selfie jer la nampaknya...

Sila jangan muntah! Quiquiqui!

29 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kedua Belas

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 29, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Masuk hari kedua belas.. Hari ni aku terlewat bangun... biasanya 5.15am aku dah beraksi didapur tapi hari ni kul 6.17am baru aku terjaga. Kelam kabut aku.. nasib baiklah baju aku dah siap2 gosok dari malam..

Dan aku hanya sempat menggoreng ayam untuk bawa bekal ke pejabat....

Konon2 ayam ni seketul untuk sarapan, seketul untuk lunch.. tapi nak perabihkan yang seketul tu pun punyalah seksa, akhirnya yang lagi seketul tu aku bawa balik je. Tapi, masa nak balik ada pulak kucing yg mengiau2 kat kaki aku minta makanan... so aku carik2 kan bagi kat kucing tu.. dah memang rezeki dia...

Tengahari aku intai makanan kat kantin pulak.. takder apa pun yang menarik dan sesuai untuk DA... tetiba nampak pulak ikan bilis goreng ni.. aku siap tanya tukang masak tu.. letak gula ker? Dia kata tak letak.. aku pun tapau le.. RM1.50... tapi akhirnya tak makan juga sebab terlalu masin.. huhu!

Ni pulak menu makan malam aku... yang ini walaupun telur, tapi aku berselera makan... simple tapi sedap.. petola tumis air + telur.. petola tu aku letak dalam 3-4 ketul je...buat syarat.. eaok nak buat lagi... heheh!+

Ok. Tu jer...

Daaaaaaaaaaaaaaaaa!

Kesilapan Aku Dalam Ber Atkins

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 29, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt....


Isk isk isk... sedih jer rasa...

patutlah dah berapa hari ni aku timbang berat macam tak turun2... tak seperti masa aku awal2

beratkins aritu...

aku pelik gak... ingatkan penimbang tu rosak... aku siap beli penimbang baru kat Lazada...

sekali pagi ni... google punya google...

baru aku tau yang serai dan halia tu mengandungi carbs yang tinggi...

alamakkkk!

sebelum ni aku masak ketam rebus semua letak serai dan halia.. banyak pulak tu...

terus takder mood aku rasa...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa! Sia2 la usaha aku berapa hari ni!!!!




Sumber gambar : pakcik google


*pasni aku nak amik langkah selamat jer la... ayam goreng dengan telur.. walaupun rasa macam nak muntah dah aku rasa makan telur... huhuh!

* dan yang paling penting, aku kena berhati2 lagi lepas ni dalam memilih menu... takut dah..

INI SEMUA SALAH SERAI !!!!
hahahahaha!


daaaaaaaaaaaaaaa!

28 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kesebelas

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 28, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Ni menu aku untuk hari kesebelas...

pagi2 aku sampai opis terus jerang air untuk masak telur separuh masak... mungkin sebelum ni aku tak pernah buat telur separuh masak, so aku tak dapat anggarkan berapa masa yang diperlukan... akhirnya aku tak makan pun telur ni, ke sinki terus nasib telur ni.. sian dia.. huhu!

oleh sebab aku tak makan telur tu, so aku makan sup petola air ni...  banyak sangat, aku makan sebahagian jer... tak tau la sebenarnya lulus atkins ke tak.. 

ikan pari bakar.. beli kat restoren ubi kayu @ Taipan.. sangat berharap yang tukang masak ikan ni tak letak gula... kalau tak... habis punah.. hahahah!

Ayam goreng... jangan salah faham yer... dua2 ayam ni nukan aku yang punya... ni untuk anak2 aku makan malam... tapi aku cubit gak la sorang skit... kenyang gak la... hehe!

Tu jer la aku nak cerita untuk hari ni... daaaaaaa!




27 Januari 2015

Selamat Hari Lahir

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 27, 2015 2 comments

Hari ni tanggal 27 Januari 2015 genaplah usia my encik asben, Suhaimi Bin Bujang yang ke 33 tahun. Semoga sentiasa dilindungi Allah hendaknya... InsyaAllah... Aaminn...

Memandangkan jadual hari ni dia akan pulang lewat sekitar jam 11malam, so aku cuma belikan kek comel untuk dia dan anak2.. cukuplah sekadar ingatan... haha! (Sebenarnya aku takut terpengaruh kalau kat depan mata ada kek secret receipe, maklumlah masih dalam induksi atkins lagi..)

So ini je la yang aku beli...

Kek untuk my asben, ainul dan arissa.. mama cukuplah sekadar telan air liur jer.. hahaha!

Happy Birthday Abang !!!

Diet Atkins : Menu Hari Kesepuluh

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 27, 2015 1 comments

Assalamualaikum wbt....

Diam tak diam dah hari kesepuluh aku beratkins... Oleh sebab pagi ni aku kesuntukan masa untuk memasak dua menu sekaligus, ni je la menu aku untuk sarapan dan makan tengahari...

Dari malam tadi aku dah siapkan semuanya, pagi ni aku cuma tinggal grilled kan je...



Program Amalan Gaya Hidup Sihat : Larian 2.4KM ( 27/01/2015 )

By Dalia Hassan at Selasa, Januari 27, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pagi ni jam 6.45am telah diadakan program amalan gaya hidup sihat peringkat IPD Subang Jaya di Kompleks Sukan MPSJ... pukul 6.15am dah gerak dari rumah, memang mengantuk giler la.. tapi memang bersemangat nak keluarkan peluh pagi2 ni... ku gagahkan jua...

Selfie adalah perkara yang mesti dibuat... wajib... muahahahahah!





pumping sambil curi2 amik gambo.. ngeeeeeeee!
Tuan Yahaya.. OCPD Subang Jaya... steady la naik basikal...



26 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kesembilan

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 26, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Masuk hari kesembilan... aku hampir tersasar... mujurlah cepat aku tersedar (ceh)... mendapat undangan untuk makan tengahari di Holiday Villa bersama kawan2 sepejabat. Esok. Cepat2 aku menolak. Aku takutttttt... takut tak dapat menahan nafsu makan... hahaha! Dan sampai ke malam ni pun aku masih di provoke oleh kawan untuk sama2 menghadiri makan tengahari esok... semoga aku tabah.. haha!

Dan ini menu aku untuk hari ni...

SARAPAN PAGI




MAKAN TENGAHARI



 MAKAN MALAM


Untuk sarapan tu, aku makan sosej je.. telur tu Sue yang tolong abiskan... nasib baik ada dia.. haha!

25 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Kelapan

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 25, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Hari Ahad... hari kemalasan... hari untuk qada tidur yang tak cukup sepanjang minggu.. so hari ni juga hari kemalasan untuk memasak...

Menu pagi : Telur dadar + Tuna + Cili api
Menu tengahari : Ketam rebus halia
Menu malam : Telur goreng sebiji

Tu je la menu aku hari ni... gambar aku akan cuba usahakan sebab SD card aku error... gambo pun hilang... huhu!

Status Blog #35

By Dalia Hassan at Ahad, Januari 25, 2015 1 comments

Syukur Alhamdulillah... aku dapat melanjutkan pelajaran dalam pjj Sarjana Muda Sains (Pembangunan Manusia) di UTM... setelah sekian lama tertangguh untuk sambung degree, aku takkan menoleh kebelakang lagi... In Shaa Allah...

24 Januari 2015

Diet Atkins : Menu Hari Ketujuh

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 24, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Dah masuk hari ketujuh... walaupun penurunan berat badan tak serancak awal2 hari tu, tapi aku dapat merasakan penurunan inchi yang agak ketara... hehe!

Menu aku untuk hari ini...


Sarapan
Sebelum pergi beriadah ke Taman Botani, aku hanya sempat sediakan sosej rebus dengan Tuna in Olive Oil... kalau ikutkan memang tak cukup untuk makan anak beranak tapi aku sempat singgah untuk beli kuih untuk diorang.. errr.. telan air liur jugak tengok diorang makan kuih apam mekar yang sememangnya menjadi feveret aku dari dulu...

                 Makan Tengahari / Makan Malam

Ayam Goreng Kunyit dengan Cauliflower... Masak banyak terus sekali untuk family.. alang2 buat terus makan malam sekali la.. tak payah pening2 nak masak lagi... hehe!

Riadah @ Taman Botani

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 24, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Dah lama tak meluangkan masa bersama keluarga... Hari ni memandangkan encik asben pun tak kerja, so kami rancang untuk ke Taman Botani di Shah Alam...

Kebetulan pula rumah empat musim sekarang adalah musim salji, boleh la feel2 skit konon2 ada kat oversea.. hehe!

*gambar dibawah adalah tidak mengikut turutan... kelam kabut carca marba. Mohon dimaafkan almaklum update guna henpon... ngeeeee!

Beli tiket dulu....

Selfie dengan anak2, tapi nampaknya mama dia yang lebih2.. haha!



Tasik...

Seri pagi yang sentiasa berseri dipagi hari...




Assalamualaikummmmm... oooooo tuan rumah... tuan rumah kat mana?? Ohhh.. tuan rumah tengah berkebun kat belakang....

Aikkkkkk!




























Sila jangan muntah bila tengok banyak gambar selfie aku.. hehe!

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review