Sahabat

Halaman

Memaparkan catatan dengan label bila2 aje. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bila2 aje. Papar semua catatan

07 November 2013

Jenazah Yang Masih Berkeadaan Elok

By Dalia Hassan at Khamis, November 07, 2013 0 comments

Sharing Is Caring

Assalamualaikum wbt...

Kisah ini diceritakan dengan niat agar kita sama sama jadikan ia sebagai satu peringatan kepada kita semua dan juga sebagai tauladan agar sama2 kita muhasabah diri kita agar menjadi yang lebih baik dan In Shaa Allah semoga kita juga akan peroleh bahagian yang sebegini apabila sampai masanya nanti. Juga bagi menghormati permintaan waris, gambar2 telah saya keluarkan dan lupuskan dari simpanan. Kisah yang baik kita kongsi bersama...

Untuk makluman kawan kawan perkuburan ini terlibat dengan projek expressway jalan Segamat Tangkak...

Ini adalah kerja kerja mengalihkan kubur di Kampung Batu Badak, Gemereh Segamat...
Subhanallah. Sehingga kini 3 jenazah yang dikebumikan antara 7 hingga 11 tahun masih dlm keadaan elok. Kain kapannya masih kukuh dan semasa mengeluarkan jenazah tersebut berbau harum semerbak...

Katanya salah satu jenazah yg berusia 11 tahun itu adalah seorang lelaki bekas guru mengaji AlQuran.

Keadaan jenazah masih elok seolah2 baru dikapan dan dikebumikan. Maha suci Allah....

Wallahu a'lam...

27 Oktober 2013

Majlis Persandingan Adik

By Dalia Hassan at Ahad, Oktober 27, 2013 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Kalau aritu aku update entry pasal majlis pernikahan adik aku, hari ni aku cuma nak masukkan gambar2 di hari persandingan adik pada Sabtu 26 Oktober 2013, sehari selepas majlis pernikahannya...

Jom layannn!

mak usu aku amik tender jaga baby Sara..
sebahagian daripada goodies yang disediakan...

anak buahku... Nana..

persiapan sebelum tetamu datang..

rewang orang blok...

rewang orang blok...

rewang orang blok...

rewang orang blok..


skodeng orang rewang...


waktu pagi... majlis bacaan yasin, tahlil dan berzanji... bagi sapa2 orang luar dari Johor (wanita), kalau nak kahwin dengan orang johor sila pastikan yang anda boleh berzanji ya.. sebagai persiapan awal kut2 masa tengah2 orang ramai tu ada yang tetiba je sorongkan kitab berzanji meminta anda mengalunkan bacaan berzanji... takkan la kita nak tolak kan kalau orang dah sorongkan kitab berzanji tu... kekekeke (takut tak? takut tak??? memang aku saja nak takutkan korang)

Anak2 dan anak2 sedara...

masak untuk makan berhadap...

lai lai mai datang ice blended freeeeee jer...




Ya ampunnnnnn.... ni hidangan tengahari ni okeyyyy (Aira, anak abang Ijat)

Mak Long, Kak Noi Mala, Tan Sri Azmi Khalid yang sentiasa sempoi...

bergambar dengan waris...

Mak2 dan bapak saudara...

baru perasan ada ahli muzik kat sebelah tu... kekekekeke

kazen...

my bff datang dari jauh... thanks Asha..

kazenku.. abang polis dan abang askar (yang poyo)

bangga dengan encik asbenku dan kazenku yang sewel menguruskan gerai ice blended untuk diedarkan pada tetamu...





dapat souvenir dari kak mas yang baru balik dari convention kat korea...

hadiah pengantin...

sempat main mercun...

bukak hadiah time!

hadiah??????

sesi mengeluarkan dan mengira RM dari sampul (yang ni abah punya) ~ harap abah aku tak marah aku masukkan gambo ni...

sesi mengeluarkan dan mengira RM dari sampul (yang ni mak punya) ~ harap mak pun tak marah aku masukkan gambo ni...



Sekian..... daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

10 Julai 2013

Salam Ramadhan

By Dalia Hassan at Rabu, Julai 10, 2013 1 comments

Assalamualaikum wbt...

Selamat menyambut Ramadhan buat semua. Semoga dibulan yang penuh keberkatan ini kita sama2 mengambil peluang untuk beribadah serta menambahkan bekalan kita untuk kegunaan di akhirat nanti.. Inshaa Allah..

Buat anakanda Ainul Mardhiah Binti Suhaimi.. Selamat hari lahir.. mama sentiasa terkenang kenangan manis saat melahirkan kamu dulu pada 1 Ramadhan 7 tahun yang lepas.. Semoga menjadi anak yang taat perintah Allah dan mendengar kata.. Aminnnn...


15 Mei 2013

Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

By Dalia Hassan at Rabu, Mei 15, 2013 10 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah... Aku telah dipanggil untuk hadiri satu temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 di Putrajaya pada 6 Jun ini. Walaupun ramai yang kata peluang untuk dapatkan jawatan ini bukan mudah, beribu calon yang dipanggil untuk temuduga, tetapi sekurang sekurangnya dengan temuduga ini dapat memberikan sedikit harapan daripada langsung tak ada, kan? (ayat sedapkan hati sendiri jer...)

Pada siapa2 yang telah menghadiri temuduga ni, bolehlah kongsikan tips dan cara untuk menghadapi panel penemuduga. Aku ni jenis gelabah skit, takut nanti depan panel penemuduga, aku terbuat lawak yang tak ingin kita lihat. Adoi... dup dap dup dap jo raso kek dado den ni hah!

erm. kawan aku yang dah pergi temuduga, ada yang kena tanya pasal Blue Ocean Strategy, ada yang kena tanya pasal NKRA, Perlembagaan, PRU13... so marilah kita study sama2...*tingtong sekejap*

Ni dia emel yang aku terima dari SPA :

******************************************************
PANGGILAN TEMU DUGA PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27 (JABATAN PERKHIDMATAN AWAM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri temu duga bagi jawatan yang tersebut di bawah pada tarikh, masa dan tempat temu duga seperti berikut:


TARIKH/MASAKODJAWATANTEMPAT TEMU DUGA
06/06/2013
09:00 pagi
2200PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA,
BILIK TEMU DUGA, ARAS 6, BLOK C7, KOMPLEKS C,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62520 PUTRAJAYA


3.    Tuan/Puan dikehendaki membawa bersama semasa temu duga dokumen-dokumen ASAL dan SALINAN FOTOSTAT seperti berikut:

a.Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
b.Sijil Kewarganegaraan Malaysia atau bukti-bukti lain yang mengesahkan Kerakyatan Malaysia seperti Sijil Kewarganegaraan Ibu/Bapa; (jika berkenaan)
c.Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V) dan STPM/STP atau setaraf;
d.Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM; (jika berkenaan) dan
e.Ijazah/Diploma dan transkrip/Surat Pengesahan Kelulusan Peperiksaan Akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
f.Surat Pelepasan Biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan; (jika berkenaan)
g.Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Pendaftaran Penuh dengan Lembaga Ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
hi.Sijil kegiatan luar; (Asal Sahaja)
i.Sijil Pendaftaran Calon Kurang Upaya/Surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat; (jika berkenaan)
j.Ringkasan Kenyataan Perkhidmatan, Laporan Penilaian Prestasi Terkini, Surat Perakuan Ketua Jabatan dan slip gaji terakhir untuk pegawai sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam sahaja.


4.   Anda dikehendaki membawa 'resume' bergambar yang ringkas dan padat.

5.   Kegagalan mengemukakan dokumen seperti dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk lantikan. "Resume" dan salinan fotostat dokumen yang diserahkan tidak akan dikembalikan dan menjadi hak milik Suruhanjaya.

6.   Anda dikehendaki berpakaian sopan semasa menghadiri temu duga.

7.   Sila cetak dan bawa bersama emel ini semasa temu duga sebagai bukti.

8.   Sila layari Portal Rasmi SPA (http://www.spa.gov.my) untuk maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Sekian,terima kasih.

“BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI”

Urus Setia Bahagian Pengambilan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5036


******************************************************

Hah! yang kat bawah ni pulak exam yang aku akan tempuh pada 18/5 ni... serius satu apa pun aku tak study lagi.. tak sempat, baru jer nak study, baby nangis... alahai... tapi InsyaAllah aku cuba juga buat yang terbaik... kalau exam ni lulus baru aku akan dipanggil untuk temuduga jawatan Penolong Juruaudit Gred W27.

 ******************************************************

Tuan/Puan,

PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM PENOLONG JURUAUDIT GRED W27
Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan PENOLONG JURUAUDIT GRED W27. Butir-butir peperiksaan adalah seperti berikut:



TEMPAT :

MAEPS MANAGEMENT SDN. BHD.
DEWAN A (4),BGN. SEKRETARIAT MAEPS, IBU
PERSIARAN MARDI-UPM
43400 SERDANG
W.P. PUTRAJAYA


2.   Maklumat mengenai peperiksaan dan persediaan yang perlu dibuat adalah seperti di Panduan Peperiksaan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Urus Setia Bahagian Peperiksaan di talian 03-8880 6468/ 8880 6405/ 8885 6347/ 8885 6303/ 8885 6344.

3.   Calon boleh menyemak keputusan pada 22.06.2013 melalui portal SPA di www.spa.gov.my.

Sekian,terima kasih.

'BERSAMA MENGGALAS TRANSFORMASI'

Urus Setia Bahagian Peperiksaan
b.p Setiausaha
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 6-10, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentradbiran Kerajaan Persekutuan,
62520 PUTRAJAYA.
Tel : 603 8885 6000
Faks : 603 8888 5042 


******************************************************
Jangan korang tak caya, aku ada satu lagi exam yang aku akan ambil. Exam kenaikan pangkat secara lantikan (KPSL) pada 25/6 - 27/6/2013... Kat bawah ni adalah detail untuk exam KPSL tu...

 ******************************************************


 
 ******************************************************

Secara ringkasnya jadual exam / interview :

18/5/2013 - Exam Penolong Juruaudit (W27)
6/6/2013 - Interview Penolong Pegawai Tadbir (N27)
25-27/6/2013 - Exam KPSL (N27)

Ermmm.. kalau satu pun tak lepas, haruslah kena mandi bunga aku ni....


daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! 

15 April 2013

Kawan Lama...

By Dalia Hassan at Isnin, April 15, 2013 0 comments

Al kisah kawan lama....

Dia lah kawan terbaik aku sejak tingkatan1... Dulu kami memang rapat, hinggakan parent aku dan juga makcik makcik kat kampung aku tu ingatkan aku couple ngan dia... padahal masa tu kami rapat hanya sebagai kawan... masuk tingkatan empat, dia ke sekolah vokasional dan aku masih di sekolah lama, tapi kami sering berhubung... Dulu mana ada handphone, macam zaman sekarang.. kalau dia call aku, mesti dia akan call telefon rumah... dan dia memang seorang kawan yang baik...

Habis SPM, aku sambung ke UITM dan dia ke politeknik... Masa tu seingat aku, dialah satu2nya kawan sekolah yang rajin hantar surat kat aku.. sampai aku boleh buat koleksi.. tapi dalam surat tu semuanya berkaitan dengan pelajaran, tentang keluarga.. tak ada sikit pun sentuh soal hati.. yer la.. bestfriend jer pun...

Tapi sebenarnya bila kita dah rapat dengan seseorang, mesti terdetik kat hati kita perasaan sayang, walaupun sedikit.. tapi takkan la aku pulak yang terhegeh2 bagitau perasaan aku... yer tak?

Dan dia selepas habis belajar, dia terus join TUDM... so memang lama jugaklah aku terputus hubungan dengan diaa tapi sekali sekala kalau dia balik kampung ada jugaklah dia call aku...

Yang best, masa dia kawin aku sempat datang sekejap, tengok pengantin bersanding.. dan aku balik kampung menaiki bas ekpress (masa tu masih kat Pudu lagi).. yang bestnya, masa aku nak balik ke KL semula, dia dan wife dia sempat meneman aku di stesen bas Segamat... seronok tengok kawan baik aku dah menikah (yer la... masa tu aku masih dara.. hahahah! tapi dah bertunang, tinggal berapa bulan je lagi aku nak kawin)

Tapi baru2 ni, aku sempat ber WeChat dengan dia... pengakuan dia, dia kata dia pernah suka kat aku, tapi aku tak layan.. hahahahhaa! Dia tak cakap.. manalah aku nak tau...aku ingat lagi masa kat uitm dulu, aku pulak yang sibuk nak meng'kenen'kan dia dengan kawan2 aku.. siap atur date lagi untuk diorang.. tapi tak menjadik.. hahaha! yang penting dia dan kawan aku tu pun dah jadik kawan... macam aku ngan dia..



ermmmm... bila teringat kenangan lama.. terasa rindu pulak... hahahaha!

26 November 2012

Dusun Durian Abahku...

By Dalia Hassan at Isnin, November 26, 2012 0 comments
Ha!

Cuti kursus dua hari, sempat la balik Segamat jap... dari Kedah ke Johor, pastu kembali semula ke Kedah... takper la... sambil tengok abah yang tak sihat, jengah sekali dusun durian abah... memang terbaik...

Meh tengok gambar yang aku sempat rakam..

buah yang paling rendah...


ni la kalau terlambat pungut durian... ada jer makhluk Allah yang mendahului... tapi takper, rezeki dia.. biarkan...







16 Februari 2012

Apa2 Aje, Bila2 Aje

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 16, 2012 0 comments
Gambar-gambar yang tak sempat aku nak selitkan dalam entry2 yang sebelum ni....


Buah Cempedak Di Luar Pagar : Buah cempedak ni mak aku yang bagi, dipetik segar dari pokok belakang rumah...  Gila babas aku nak abiskan, sebiji pun tak habis... buah yang isinya sangat sedap, buat goreng cempedak pun sedap... untuk mengelakkan pembaziran, aku sedekahkan buah cempedak ni kat kawan2 dan jiran2 aku... (asalnya ada 11 biji buah yang mak aku bagi.. tapi lepas dah agih-agihkan kat jiran aku, tetiba jer baru teringat nak amik gambar... lima bijik pun adi la, asal ada... ngeeeeeee!)


Aku, Linie, Syuhada dan Linda dok melepak makan ais krim Tutti Frutti kat Mydin Usj 1... Penaja rasmi adalah minah atas ni, Linie... thanks yer Linie, next time bleh belanja kami lagi... i like~

Memandangkan sekarang ni aku dalam proses untuk meng'kurus'kan badan, so ini adalah salah satu menu harian aku.... tiada nasi yer... harap maklum...

Mamat Tayar Dan Bateri... Memang terbaik di Kota Tinggi... harga yang sangat berpatutan, servis yang sangat bagus... beza, memang berbeza... hehehe (aku ni kiranya pelanggan tetap dia la kalau balik sana)

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review