Sahabat

Halaman

23 April 2015

Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Selangor 2015

By Dalia Hassan at Khamis, April 23, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah. Semalam dan hari ini (22-23 /4/2015) telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Piala Ketua Polis Selangor yang diadakan di KSL Sport Puchong. Tahun ini IPD Subang Jaya telah dipilih sebagai tuan rumah dan Alhamdulillah, pasukan futsal lelaki IPD Subang Jaya telah menjadi Johan Kategori Lelaki mengalahkan IPD Sepang, 2-0 manakala pasukan wanita dimenangi oleh IPD Petaling Jaya yang telah mengalahkan IPD Ampang Jaya 1-0.

Jom layan gambar yang sempat aku rakamkan dari luar gelanggang...













22 April 2015

Status Blog #43

By Dalia Hassan at Rabu, April 22, 2015 0 comments

Adoi la.. bertuah punya jiran parking.. aritu buang sampah sarap yang ada dalam kete dia kat tempat aku.. hari ni dah potong dahan pokok mangga, pastu buang kat tempat aku lg. Stress!! Ni aku la ni yg nak kena buang jawabnya.. grrrrrrrr! Makan budak... makan budak....



21 April 2015

Diet Atkins : Eh! Dah Kurus!!

By Dalia Hassan at Selasa, April 21, 2015 2 comments

Assalamualaikum wbt...

Diam tak diam dah masuk 3 bulan aku ikut program diet Atkins. Walaupun selalunya aku ke laut, cheat situ sana sini namun memang nampak perubahannya. Kalau ikutkan, hanya bulan pertama saja aku ikut landasan yang betul. Selepas sebulan, memang aku cheat hari-hari. Betullah kata otai DA, jangan sekali-kali kita cheat dalam ber DA... sekali kita cheat, memang hari - hari pun kita nak cheat juga. Dan memang betul apa yang diperkatakan... dah terbukti pun...

Dalam tempoh 3 bulan aku ber DA ni, Alhamdulillah (walaupun selalu cheat) berat badan aku dah turun sebanyak 16.1kg. Baju2 pun aku terpaksa cari baju lama yang dah simpan dalam kotak. Ramai juga yang dah tegur aku nampak kurus.

"Eh! Dah kurus !!!!

Alamak! Sebenarnya aku malu bila ramai yang tegur aku kurus... sebabnya... aku belum sampai tahap kurus lagi tau... aku cuma susut sikit jer... overweight lagi ni.. jauh lagi perjalanan nak sampai ke tahap kurus tu... tapi aku target sebelum raya aku sempat kurus. Tapi agak2 kalau aku hari2 cheat, sampai ke matlamat aku nak kurus sebelum raya ni??? ishhhh... insaflah dalia weh....

Ok. Nak cerita sikit macamana aku bersemangat nak turunkan berat badan padahal dah lama juga la aku tahu pasal Atkins ni... Sebelum ni aku tak kisah pun orang nak kata aku gemuk ke, montel ker, chubby ke, atau apa2 panggilan yang sewaktu dengannya... yang penting aku happy dan aku sentiasa bersenam / bersukan walaupun badan aku berisi. Stamina?? aku rasa aku lebih berstamina daripada budak2 bujang yang lain. Kalau ada larian anjuran tempat keje aku (2 minggu sekali ada program gaya hidup sihat), aku mesti join. Aku tak rasa berat badan aku waktu tu membebankan sebab aku masih aktif dalam banyak perkara.

Cuma pada hujung Disember 2014, masa tu aku balik kampung kat Segamat. Tak pernah-pernah mak aku tegur pasal berat badan aku, tapi hari tu mak aku tegur. Mak kutuk kata aku gemuk. Issshhhh sedih tau. Orang lain kutuk aku, aku tak kisah pun... tapi bila mak yang kutuk, sentap sampai ke lubuk hati yang paling dalam.. hahaha! serius! masa tu aku tengah makan... bila mak cakap macam tu, aku terus tinggalkan makanan yang aku tengah makan tu, pergi basuh tangan pastu aku berkurung dalam bilik sampai la ke Maghrib. Merajuk. Masa tu ramai gak yang tukang pujuk. Abah, abang, anak2 buah. Kalau diingat2kan memang kelakar sangat. Yerla.. sebelum ni mana aku pernah merajuk dengan diorang... memang tak pernah... marah pun aku tak pernah tau.. tu yang bila aku merajuk, masing2 jadi kelam kabut. Bila aku buka je pintu, semua serbu masuk dalam bilik aku.. haha!

Lepas kejadian tu la, memang aku nekad nak kuruskan badan. Cuma aku tak terus buat DA secara mendadak. Aku kumpul dulu maklumat tentang DA. Bila aku dah betul2 bersedia baru aku mulakan. Dan Alhamdulillah... walaupun jauh lagi untuk sampai ke berat ideal, sekurang-kurangnya dah mula nampak perubahan. Syukur...

Bila ramai yang menegur dan tanya aku, produk apa yang aku guna, dengan bangga aku akan jawab, Diet Atkins. kalau boleh aku nak share dengan kawan2 agar kami sama2 saling memberikan sokongan dan semangat untuk menurunkan berat badan. Cantik dan sihat bersama2. In Shaa Allah....

Dan sekarang ni, aku tengah mengumpulkan semula kekuatan untuk membuat semula induction dalam DA. Dah lama sangat aku ke laut... dah sampai masa aku kembali ke darat, meneruskan di landasan yang betul..

Ok. Tu jer aku nak cerita...
Sekian....

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!




19 April 2015

Hobi Baru : Berkayak

By Dalia Hassan at Ahad, April 19, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Oleh sebab hari ni aku takder kelas,  so waktu petang aku isikan dengan aktiviti berkayak di Tasik Biru, Kundang...  Pengalaman baru, dan In Shaa Allah akan jadi hobi baru aku dikala mengisi waktu yang terluang...











Plan akan datang, kalau ada geng ingat nak pergi berkayak kat Gopeng.. Jom!



Status Blog #42

By Dalia Hassan at Ahad, April 19, 2015 0 comments
Sebenarnya.... aku kan... teringin sangat nak makan botok - botok ikan tenggiri... lama sangat dah tak makan BBIT ni.. kat Selangor ni kat mana ada jual yer??? Aduh... meleleh air liur ni...

~Errrr... Saya bukan mengidam yer... cuma teringin jer... hehe!~

17 April 2015

Rakaman Rancangan Kalau Dah Jodoh : Ustaz Kazim Elias

By Dalia Hassan at Jumaat, April 17, 2015 0 comments

Assalamualaikum wbt...

Pada hari Rabu yang baru lepas, aku berkesempatan ke Maktab PDRM di Cheras untuk melihat rakaman rancangan Kalau Dah Jodoh : Ustaz Kazim Elias. Apa yang aku ingin katakan adalah, Dato' Ustaz Kazim Elias memang best. Cara dan gaya penyampaian dia memang terbaik... langsung tak mengantuk. Tergelak jer sepanjang program. 




16 April 2015

Status Blog #41

By Dalia Hassan at Khamis, April 16, 2015 0 comments




08 April 2015

Status Blog #40

By Dalia Hassan at Rabu, April 08, 2015 0 comments
Al kisah...

Pagi tadi aku ke Klinik Desa Kg Melayu Subang bawak dak tecik Arissa pergi check up... masa nak balik tu, masuk je dalam kereta ada sorang perempuan india sarat mengandung ketuk cermin kereta aku... katanya nak tumpang aku sampai depan... mula2 aku cuak jugak la.. yer la.. sekarang ni macam2 kes jenayah yang aku dengar... cepat2 aku bagitahu dia yang aku nak pergi arah bertentangan... nampak muka dia macam sedih juga la... then aku perhatikan je dia jalan kaki.. lama aku dok termenung dalam kereta. Serba salah pun ada.. Takut pun ada... fikir punya fikir... takper la... aku cuba ambil risiko ni sebab kesian kat dia... dah sarat mengandung tu... aku start enjin kereta, terus tuju ke dia...

Bila dia nampak aku berhenti, aku nampak dia tarik nafas lega...dia kata suami dia kerja, tak dapat ambil dia.. kesian plak aku tengok... then aku hantar dia balik. Mak aihhh.. jauh gak la rumah dia dari klinik tu... tak dapat aku bayang kan kalau dia jalan kaki tadi.. dah le sarat mengandung, cuaca panas plak tu.. isk isk.. kalaulah aku yang berada di tempat dia.....

Dia minta aku turunkan dia kat tepi jalan tu jer.. aku turunkan dia pastu aku leka perhatikan dia berjalan... tetiba baru teringat nak ambil gambar dia... ermm.. gambar dari jauh je la nampaknya...

Semoga dia yang aku lupa tanya nama tu, selamat lahirkan baby nanti. Mudah mudahan.... Aminnn...

05 April 2015

Makan - Makan Trafik @ Flaming Steamboat

By Dalia Hassan at Ahad, April 05, 2015 0 comments
Assalamualaikum wbt...

Lebih kurang 3 minggu lepas cawangan trafik buat makan2 di Flaming Steamboat, Sunway sempena meraikan pegawai, anggota dan pegawai awam yang telah bersara / bertukar.  Cabaran juga buat aku yang tengah dalam DA ni... macam2 ada... rambang mata dibuatnya... tapi yang penting, malam tu memang aku makan banyak!

*sorry gambar berterabur.. ada masa aku susun dan detailkan...































PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review