Sahabat

Halaman

19 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 79 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 19, 2020
Assalamualaikum wbt

Khamis : 19/03/2020

PKP / RMO : Hari Ke-2

Hari ni walaupun Perintah Kawalan Pergerakan telah masuk hari kedua, aku tetap meneruskan kerja seperti hari-hari biasa memandangkan aku bekerja dalam kategori Perkhidmatan Perlu. So buat masa ni aku masih lagi bertabah untuk ke tempat kerja walau sebenarnya kerja yang aku buat tu bukanlah kerja yang mendesak. Tapi arahan dah dikeluarkan, aku ikut jer.


Jalan yang lengang seperti semalam


Bekalan aku hari ni memandangkan kantin ipd pun dah start tutup.

Pergi pejabat pentadbiran jenayah D1 untuk refill sanitizer. Bekas kosong takder aku pakai bekas air mineral je yang dah kosong.

Fitik hari ni konon2 kami nak alihkan meja, nak tukar kedudukan. Sekali hah.. ambik kau.. gemuk anai2 kat sini. Geram tengok.

Sjn Gabriel ajar bancuh klorok dengan kunyit untuk bunuh anai2 tu. 

Mana rak yang dah teruk kena makan anai2 tu kami bakar aje.. takut nanti sisa anai2 yang tertinggal akan membiak lagi

Buli si Muszairy..

Balik kerja aku nak pergi AMR Halal Mart jap kat area belakang rumah aku. Punya lama tak ikut jalan tu, tetiba ada bangunan McD yang masih belum siap sepenuhnya. Alamak. Abislah tak lama lagi sikit2 lepak McD sebab nak guna wifi free. Haha

Ikan pekasam.. sedapnya.. beli jugalah sebungkus

Ni la kedainya... semua barang yang dijual adalah produk keluaran muslim.

Karipap frozen ni ni. Karipap pusing. Sedap.

Sardin viral. Ni anak syarikat company lama aku ni zaman keje swasta dulu-dulu. Mestilah aku support.

Sambal cili api. Makan dengan nasi panas memang sedap.


……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




19/03/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review