Sahabat

Halaman

12 Mac 2020

Chapter 3 : March 2020 ~ Page 72 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Mac 12, 2020

Assalamualaikum wbt

Khamis : 12/3/2020


Pagi ni Sjn Adam bawak nasi goreng kampung, telur dadar dengan salad... memang terbaiklah. aku pun tak sempat pergi kantin lagi... Memandangkan makanan dia ada, so jimatlah duit aku untuk beli sarapan pagi ni...

Menyesal pulak aku ambik sikit. Sedap nasi gorengnya...

Melayan si Oyeng ni... suka dia tengok muka sendiri kat cermin...

Sian Oyeng... adik beradik lain semua orang dah ambik.. tinggal dia sekor kat sini.. takder geng...

Pukul 3 ada general fitik ( gotong-royong ) .. aku paling lemah kalau nama ada naik.. malas betul nak meninggalkan ofis time cuaca panas-panas ni...

Oklah fitik kat surau... sejuk jer, tak panas...

Mak Reha dengan Mas. Mak Reha yang mintak kami fitik kat surau... kemas apa2 yang patut...

Balik dari surau, singgah kantin pulak beli nasi goreng... Lapar pulak perut ni, ye la pagi tadi makan nasi goreng Sarjan Adam bawak, makan sikit jer.. tu yang bila petang dia meronta-ronta minta diisi.

Aku tak balik ofis aku.. singgah ofis atas dulu sebab nak ambik duit yuran futsal kat Tuan Que..  nampak dia tengah sibuk ke hulu ke hilir buat kerja. Malas nak ganggu dia, aku pun ingat nak makan dulu kat meja kosong luar tu.. dia nampak aku nak makan kat situ, terus dia suruh aku masuk bilik dia.. makan kat bilik dia sementara dia uruskan kerja jap. Aku ok jer lagipun sejuk sikit dalam bilik dia. 


Tengok ni. Aku bawak nasi goreng dengan cekodok jer.. tuan bagi aku kerepek ngan cookies sekali.
Alhamdulillah kenyang dan makin gemuk aku.

Lama juga aku membawang dengan tuan que tadi.. Mas pun join sekali.. masa nak balik tu, aku lalu depan bilik tuan elias... dia pulak panggil aku ajak borak... so aku sambung membawang kat bilik tuan elias pulak. tak lama lepas tu, tn que datang.. haaaa bertiga membawang memang meletup. Sedar tak sedar jam dah pukul 6...

Terus aku mintak diri nak balik. Solat pun tak lagi ni.

haihhhhh!

……................................................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



12/03/2020



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review