Sahabat

Halaman

21 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 173 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Jun 21, 2020
Assalamualaikum wbt


Ahad : 21/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-96

Pagi ni aku dan anak-anak akan gerak balik ke Subang. Seawal pagi lagi aku dah masak untuk asben aku dan juga bekalan untuk aku makan dalam perjalanan lagi. Kalau aku sorang, memang takder masalah tapi aku akan bawa sekali anak-anak aku yang sememangnya sekarang ni memang tengah kemaruk nak makan. haha.. aku selalu pesan kat diorang... jangan sampai nanti badan jadi lebih besar dari mama.. Yerla.. mungkin sebab cuti sekolah ni tak banyak kerja nak buat, tu yang selera makan diorang makin bertambah-tambah.


Ayam masak kicap 

on the way balik Subang... henfon mama pun dah jadi macam hak dia. Penuh dengan selfie gambar dia..


Bawak bekal letak dalam bekas macam ni. Senang nak makan... 

Sampai Subang, terus singgah Pasaraya Super Seven untuk beli barang dapur..

Sampai rumah terus setting untuk tv... guna arial tv yang aku ambil kat kampung aritu... kebetulan ada satu tak pakai lagi lepas beli aritu... memang ngam la.. boleh guna dan sangat clear. Oklah tak boring anak-anak aku kat sini nanti.

….......................................................................................................................................




SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



21/06/2020

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review