Sahabat

Halaman

09 Jun 2020

Chapter 6 : Jun 2020 ~ Page 161 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Jun 09, 2020
Assalamualaikum wbt


Selasa : 09/06/2020

PKP / MCO : Hari Ke-84

Hari ni aku off. Maknanya hari ni dah hari keempat aku tak kerja. Esok baru aku kerja macam biasa.


Aku merempit pergi Sungai Buloh cari kedai kraf sebab nak cari bahan sikit untuk buat extender topeng muka tu... Sebelum datang tadi aku dah call kedai ni dan dia kata barang yang aku cari tu ada stok. So oklah... Lagipun lama tak merempit.

Alang2 dah ke Sungai Buloh tu ( bunyi macam SB tu jauh je kan dari rumah aku.. padahal sebelah je ), aku singgah la tapau masakan Padang kat Kedai Makan Kak Anne Masakan Padang. Rindu dengan masakan sana. Dulu masa baru2 balik dari Gunung Kerinchi, kat sini la kami melepaskan rasa rindu sambil bercerita tentang kenangan2 masa kat sana.

Faizal, Anum, Nadhra, Suhaimi, Azrizal, Nornie... Geng ni semua memang sporting termasuk la guider kami Si Ferdi.










Aku suka beli makan kat sini sebab bukan saja masakan dia enak, malah murah pulak tu. Macam ni aku beli cuma RM7 je. Kalau kat tempat lain aku ambil daging tu je pun dah berapa agaknya aku kena.



Balik dari Sungai Buloh lalu Paya Jaras aku singgah beli air herba ni. Ada kurang sikit rasa dia, so aku tambah asam boi lagi sikit. Baru ngam!

Sambung buat lagi... Banyak betul permintaan. Alhamdulillah

Goreng Jemput2 Air Panas makan cicah dengan sambal kacang. Wow! Memang sedap.

Ok gais jangan pelik gambar apa yang aku masukkan ni. Ni gambar bumbung beranda rumah aku. Takder keje kan. Saja baring2 ambik angin kat luar tu, sambil serah diri kat nyamuk.

Sekejap je layan perasaan kat luar, pastu tak tahan kena gigit nyamuk. Lari terus masuk rumah.

….......................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA



09/06/2020

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review