Sahabat

Halaman

14 Mei 2017

Pertandingan Futsal Piala KPD Subang Jaya 2017

By Dalia Hassan at Ahad, Mei 14, 2017

Assalamualaikum wbt...

Ni cerita semalam... entah camana aku boleh terjerumus dalam game futsal ni. Main futsal tu memanglah pernah, tapi tak pernah pulak aku lepas main futsal pergi kelas. Bukan jer ada kelas, tapi siap ada presentation pulak lagi...

Sebenarnya awal2 hari tu memang aku setuju untuk main futsal, main untuk cawangan trafik (BSPT) tempat aku sebab tarikh awal game adalah 14/5, jatuh pada hari Ahad. Tetiba saat akhir bos awalkan ke hari Sabtu. Mak aih. Petang tu aku ada kelas pulak. Nak tak nak aku terpaksa tarik diri walaupun aku tau player trafik tak cukup. Tapi setelah berbincang dengan kawan2 yang lain, aku setuju untuk main tapi sampai pukul 12.30pm je sebab aku nak kena pergi kelas.

Kali ni aku main futsal tanpa apa training pun. Memang takder stamina. Skill memang sah2 takder. Ah bedallah. 2 minit yang pertama dalam gelanggang aku rasa kepenatan tu sama macam dah sampai puncak gunung. Giler penat... hahaha! Apa taknya... Selasa malam aku balik kampung mertua kat Kota Tinggi, Khamis aku balik rumah mak aku kat Segamat, lepas tu aku pergi rumah kakak aku kat Melaka. Kalau dah balik kampung tu, faham2 lah... mak masak memang sentiasa sedap... Jumaat malam sampai rumah kat Subang, Sabtu pagi dah kena lawan futsal.. ko rasa????

Tapi apa2 pun.. team trafik tetap perform walaupun ada pemain kartun macam aku. hahaha. Alhamdulillah team trafik dapat no.2 ... tewas dengan team Jenayah yang majoriti pemain diorang adalah pemain piala KP dan KPN..













Gambar aku masa terima hadiah takder yer. Harap maklum. Sebab abis game je aku terus pergi kelas (errr... sebenarnya lepas abis makan aku terus pergi kelas) Tak dempat naak tunggu sampai majlis penutup.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review