Sahabat

Halaman

04 September 2014

Day 1 : Gambar Terbaru Dan 5 Fakta Tentang Diri Aku

By Dalia Hassan at Khamis, September 04, 2014

Fuh.Berdebar debar la pulak sertai cabaran ni. Agak agak berjaya tak aku lengkapkan 30 days blog challenge ni (eh eh.. rasanya 31 days kut?) hehehe.. 

ok. ni gambar semalam... dan spec tu bukan spec aku... aku pinjam kak Sariha punya... ngeeeeee! terserlah ke'makcik'kan aku...


Ok. 5 fakta tentang diri aku..

1) Sebenarnya aku ni seorang yang pemalu. sangat pemalu ok.. tapi pemalu aku ni pada orang yang aku tak kenal / baru kenal / tak rapat... tapi bagi mereka yang rapat dengan aku, memang aku ni seorang yang sangat tak tahu malu.. haha!

2) Aku sebenarnya janggal bila bercakap mengunakan kata ganti nama 'aku' 'engkau' walaupun dalam blog aku biasa gunakan 'aku'.. semenjak kecil hingga sekarang aku bahasakan 'saya' 'awak' bila bercakap dengan adik beradik dan 'kita' 'awak' bila cakap dengan kawan kawan..

3) Suka masak. Aku memang yang jenis suka memasak tapi hakikat sebenarnya tak pandai masak.. kalau nak masak mesti kena buka buku resepi / google resepi.

4) Dalam tahun 2008, aku pernah jatuh. Jatuh tersungkur dari landasan kehidupan yang mencabar. Perlahan lahan aku bangkit untuk memperbaiki kehidupan supaya tidak tersungkur lagi. Pengalaman banyak mendidik aku menjadi seorang yang lebih matang (erm. matanglah sangat. haha!)

5) Cepat rasa tersentuh. Touching. Cepat terasa hati. Rasanya dulu tak macam ni. Dulu hati kering. Sekarang ni tak taulah kenapa.. faktor usia kut yang semakin meningkat. mungkin...

Tu la fakta tentang diri aku... ok. nak kejar entry kedua untuk hari kedua pulak.. hehehe!



0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review