Sahabat

Halaman

05 Disember 2019

( Resepi ) Mozarella Corndog Viral

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 05, 2019

Assalamualaikum wbt


Sebelum ni aku pernah teringin nak makan corndog viral ni, tapi nak beli rasa macam sayang pulak kat duit tu... google punya google resepi, aku pun buatlah sendiri. Puas hati dapat makan banyak kali...

Bila tunjuk kat anak2 aku yang tinggal jauh kat Kota Tinggi dengan asben aku, diorang pun teringin jugak.. so asben aku buatkan juga.. malangnya asben aku buat, hancur... tapi diorang makan juga la...



video kat atas ni saja aku menyakat diorang... saja nak bagi diorang terliur tengok corndog yang mama buat ni...
haha!


Cuti sekolah diorang balik Subang, hari pertama je terus request nak makan corndog.. oklah sebab dah janji, layankan aje laaaa...


So resepinya sangatlah mudah... berbaloi la kalau buat sendiri... kalau nak beli yang dah siap masak, harganya agak mahal. Kalau ada yang murah pun, mozarella cheese nya pun sikit sangat.. tak puas makan...

Resepi Mozarella Corndog

Sosej
Keju Mozarella
2 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Susu penuh krim
2 Sudu Baking powder
Lada hitam
1 Biji Telur
Garam
Gula (Aku guna stevia)
Serbuk roti / Mamee / French Fries 

Bahan-bahan yang aku gunakan.. lupa nak ambik gambar telur

Potong2 sosej dan mozarella... Lepas tu jadikan macam dalam gambar ni.. tapi tak semestinya korang buat macam ni.. mozarella tu korang boleh juga potong pendek-pendek lepastu selang selikan dengan potongan sosej...

Bekukan dalam 20 minit... Then tabur sikit tepung gandum. Jangan tanya tanya aku apa motif tabur tepung ni sebab aku pun tak tau... Follow je kata-kata dari pakcik google.

Ni hasil dari bancuhan tepung gandum, telur, garam, gula, serbuk penaik, dan susu segar. Then aku tambah serbuk lada hitam sikit. Terpulanglah kat korang nak letak ke tak.. ikut selera masing-masing.

Untuk salutan, aku pilih mamee dengan bread crumb.

Sesi menggoreng...


Hasilnya... abaikan jer la mayonis yang menggedik tu.. silap teknik pulak...
Ngeeeeeee!






0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review