Sahabat

Halaman

13 November 2011

Kejohanan Olahraga Polis Kontinjen Selangor

By Dalia Hassan at Ahad, November 13, 2011
Semalam (Sabtu) dan hari ini berlangsungnya Kejohanan Olahraga Polis Kontinjen Selangor yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 di Putra Height. Semalam aku sempat menjengah sekejap je untuk bagi sokongan pada kak wani yang masuk acara tarik tali. Walaupun dalam keadaan hujan, acara tetap berlangsung seperti yang dirancang....

Dan hari ini, aku kembali lagi untuk memberi sokongan pada kawan2 yang terlibat selain menyibukkan diri serta mencuci mata melihat kawan2 sekapal dari daerah2 lain di Selangor. Plan awal aku nak gerak dari rumah kul 9, tapi memandangkan aku terpaksa melayan cerita detective Conan yang memang kegilaan aku, kul 10 lebih baru aku gerak dari rumah. hehehhe... tak kisahlah, yang penting aku datang, kan....

Ainul yg melaram motor ntah sesapa... pinjam la sekejap, bergambar dengan peminat... hahaha!

Acara menyampaikan hadiah kepada pemenang

Member kamcing..

raptai untuk majlis penutup yang sepatutnya dirasmikan oleh yang Yang Dihormati Ketua Polis Selangor.. tetapi disebabkan hujan yang teramat lebat, akhirnya terpaksa dibatalkan.




jejaka idaman malaya... banyak curi2 amik gambar dia, harap dia tak perasan. hehehe!

Yang mana satu bunga manggar, mana satu tuan khai a.k.a baim wong? color sama jer...

Bos sengalku Tuan Khai a.k.a Baim Wong yang banyak aku sebutkan dan aku ceritakan dalam entry2 aku sebelum ni... Dalam kul 2pm tadi dia ajak kami bertiga kuar makan, dia nak belanja. So, kitorang pergi makan kat puchong, konon2 dapat lari dari padang kejap... rupa2nya dekat dua jam kami sangkut kat gerai ni sebab hujan... hujan batu pulak tu...

masing2 tengok hujan batu yang jatuh ke buni...


Kali pertama dalam sejarah hidup aku, tengok hujan batu... terasa jakun la jugak... orang ramai yang ada sama kat tempat kitorang makan tu berebut2 ambik hujan batu yang jatuh tu untuk dimakan. Diorang kata boleh dijadikan ubat... betul ker?

Amir sampai tertidur nak tunggu hujan reda.. siap hisap ibu jari tangan lagi tu... hehehe.. nak dapat adik lagi ker?

Acara tarik tali



lecak banget...


sempat lagi bergambar tu... Ainul dan Uncle Naser dia...


Otai tarik tali IPD Subang Jaya

kata2 semangat..





Tarik tali lelaki IPD Subang Jaya hanya dapat naib johan. takperla... tahun depan cuba lagi... tempat pertama dimenangi oleh IPD Petaling Jaya...


Elok jer lepas abis pertandingan tarik tali, my bos yang sengal tu call. tadi lepas makan dan hantar kami ke USJ23, dia terus balik IPD sebab terpaksa bertugas di gerakan kerana ada beberapa pokok yang tumbang disebabkan oleh angin ribut tadi.. Aku ingatkan dia call sebab ada benda penting, rupanya dia suruh aku balik rumah... asben aku dah tunggu kat rumah katanya.. pastu aku cakap kat dia, memang asben aku ada call, tapi aku tak perasan dia call. ada 6 missed call daripada my asben. terus dia gelakkan aku. Dia kata mentang2 lah ayam dapat keluar dari reban, tak reti2 nak masuk reban semula... sengal betul... call aku semata2 nak bagi ceramah rumahtangga kat aku plak... adoi la... nasib baik la ko tu boss aku... hehehe!


Alia : Eh! My good friend, T~Ni pun ada kat padang... ingatkan dia tak join benda2 macam ni... rupanya dia setia kat padang ni dari pagi sampai petang... tapi sempat juga la dia hulurkan sebotol air 100 plus kat aku tadi... thanks ya my good friend... ;)

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review