Sahabat

Halaman

20 November 2011

Minggu Kemalasan

By Dalia Hassan at Ahad, November 20, 2011
Minggu kemalasan. Ya betul. Minggu ni minggu yang paling malas untuk aku menulis. Bukannya takda masa, cuma penyakit malas tu susah benor nak hilang dari diri aku. Hari ni aku cuba jugakla gagahkan diri untuk menyiapkan entry yang berkenaan... (",)


eh.. apa kena mengena dengan gambar KOTEX ni? hehehe.. sebenarnya ianya ada kena mengena dengan sebab2 kemalasan aku minggu ni.. dan yang paling penting, ianya dibeli oleh Encik Adam, ketika tiada siapa yang dapat membantu aku untuk belinya disaat genting aku memerlukannya pada Isnin lepas... hahaha! Yerla, kak wani cuti, Linie takder lesen nak kuar belikan benda alaah ni... tanya budak2 tingkat atas sorang pon takder simpan stok benda ni.. pergi tanya kat lokap pon dia dah kehabisan stok. dalam kelam kabut tu En Adam telah menawarkan diri dia untuk tolong belikan. haha! darurat... boleh la... thanks ya Kopral Adam!

Buah nangka! Setelah dua minggu mengidamkan untuk makan buah nangka (bukan mengandung ya), tiba2 plak hari Rabu mertuaku datang ke opis hantar buah nangka. Gila banyak.. kembung nangka dibuatnya.. hahaha!

Anak saudaraku, Nana mendukung Ainul yang tetiba minta Nana dukung dia... heheh.. gambar diambil ketika aku hantar kakak dan abang iparku ke LCCT Sepang... Diorang nak pergi Bandung, maing golf sambil bercuti.. dan anak2 dia serahkan pada aku... minta aku tolong jaga untuk beberapa hari...


Balik dari LCCT, terus pergi Jalan Masjid India bawa mak mertua, adik ipar dan anak saudaraku jalan2 kat sana sambil shopping baju kurung... Ainul kepenatan, sempat tidur lagi tu...

Ya! disebelah malam rumahku bertukar menjadi Cyber Cafe.... Jadi slow gler wifi kat rumah aku...

Sabtu, Konsert tahunan kat sekolah Ainul... Abis jer konsert, mak mertua terus ambik Ainul bawak balik kampung... So sepanjang cuti sekolah ni Ainul akan dok kat kampung jer la... rinduuuuuu... huhuhu!

Pas Ainul ikut mak nek dia balik kampung, sunyi plak rumah aku... huhuh!

oleh sebab malas masak... PIZZA HUT jalan penyelesaiannya... memang betul2 selesai ni...



Alia : Minggu ni oleh sebab ketiadaan Linie yang pergi bercuti ke Surabaya sejak Selasa, aku dengan kak Wani jadi tingtong skit... mungkin disebabkan oleh keboringan yang melampau, ahli BadCopsGirls (BCG's) pula kekurangan sorang ahli, maka kami telah menggila2kan diri dengan membuat satu misi nakal yang telah diilhamkan oleh kak wani sendiri... hahaha... kelakar sangat sampai boss sewel ku, Tuan Khai aka Baim Wong cakap "korang ni apasal??? naik takut aku tengok..." hahahahha... dia pun perasan rupanya... ramai gak yang bertanya kat aku apa misi nakal kami tu bila mereka terbaca status fb aku... tapi.. sorry la yer.. ianya RAHSIA! hahahah... aku suka!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review