Sahabat

Halaman

14 Disember 2011

Kitab: Matla’ al-Badrain

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 14, 2011
Assalamualaikum wbt...

Aritu masa aku balik kampung, aku ternampak mak aku sedang membaca satu kitab lama yang kelihatan agak usang... kitab itu adalah kitab Matla' Al-Badrain, pernah menjadi kepunyaanku ketika masih bersekolah agama suatu ketika dulu... kitab tu banyak kenangan ketika zaman persekolahan... especially ketika masih di sekolah agama rakyat di Johor....

Buat pengetahuan korang semua, zaman aku dulu bukan studi sebab nak pandai, tapi studi sebab nak lulus periksa... kalau kat universiti2 kat Msia ni, korang failed satu paper, maknanya korang akan repeat paper tu untuk satu semester jer... bermaksud, untuk satu semester hanya ada beberapa bulan sahaja... mungkin dalam 4-5 bulan untuk korang amik semula paper tu... tapi, kalau sekolah agama rakyat di Johor, korang gagal dlam periksa, bermakna ko akan duduk la kelas tu lagi setahun dan akan belajar semula SEMUA SUBJEK yang terkandung dalam darjah tersebut... Aku ambil contoh seorang rakan aku ni, namanya di rahsiakan...Dia ni tua setahun dari aku... Masa aku berada dalam darjah 4, dia sekelas dengan aku sebab tahun sebelumnya dia gagal dalam peperiksaan dan terpaksa ulang semula darjah 4. Then next year tu aku naik darjah 5, dia masih lagi berada dalam darjah 4 sebab dia gagal lagi dalam periksa... Tahun berikutnya, aku naik darjah 6, rupanya dia masih lagi kat darjah 4... hahaha.. aku pon tau apa badi dia susah sangat nak lulus exam... nak kata tak pandai, SPM result gempak... mungkin sebab agama islam dia lemah skit kot, ataupun dia gagal subjek wajib... Oh ya... subjek wajib tu, antaranya ialah Ibadat, Tauhid dan Al-Quran.... kalau korang lulus cemerlang semua subjek, tetapi salah satu subjek tersebut korang gagal, say hi hi bye bye la jawabnya... tak naik kelas la korang...

Opssssss.... berbalik cerita tentang kitab Matla'Al Badrain ni... aku nak tunjukkan keadaan kitab tu sekarang, yang sebenarnya tak jauh beza pun keadaannya ketika aku masih menjadi tuan empunya kitab tu dulu... maklumlah, kitab lama yang di warisi turun temurun dari kak long aku sampai ke aku... dan kini kitab tu kembali pada mak aku, yang digunakan sebagai rujukan....

kulit pon dah hilang... maklumlah, studi bagai nak rak sampai kulit kitab ni pon bleh hilang... hehehe!
Sempat update status facebook lagi.... hehe



Untuk rujukan korang, info mengenai kitab ini (dan juga rupa kulit asal) boleh didapati di sini.

4 comments:

Abdan Syakuro berkata...

terima kasih saudari atas perkongsian : memang mencari kitab ini : mendengar cerita ayah angkat saya, mula tertarik untuk mendalami kitab ini, al maklum , zaman zamn kita mana ada dah, pemuda pemudi nak mengaji kitab ni. tq

untuk tatapan semua~~ berkata...

Di klang valley xde ke

Nieshwan Idayu berkata...

Salam.. boleh tak sis pm saya. sy nak tanye pasal kitab ni. urgent sgt2.. tkasih.. ni no sy. 0102399707

Nieshwan Idayu berkata...

Salam.. sis, sy nak tanya berkaitan kitab ni.. boleh pm sy x? urgent sgt2. ni no sy 0102399707. tkasih.

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review