Sahabat

Halaman

20 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 51 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Februari 20, 2020
Assalamualaikum wbt

Khamis : 20/02/2020

Pagi ni ada perhimpunan bulanan. Aku ingat malas nak masuk, sebab badan pun tak berapa sihat. Tapi memandangkan nama aku naik, aku pergi juga lah...

Pemakaian pangkat... Sarjan Adam dengan bertongkat pun gigih jugalah naik pentas. Dan rezeki dia juga, waktu2 nak pemakaian pangkat ni la dia dapat cucu pertama... Anak dia selamat bersalin anak lelaki... Alhamdulillah... Bukan main excited lagi dia.

Lepas perhimpunan, aku terus masuk opis sebab aku rasa macam nak pitam sangat... Dah lama sikit baru aku gerak pergi ambil makanan yang memang ada disediakan untuk mereka yang terlibat dalam perhimpunan bulanan.

Dalam pukul 11 lebih aku pergi dewan pulak untuk pemeriksaan kesihatan. Oleh sebab aku baru telan panadol, so aku ambik keputusan untuk tak buat pemeriksaan kesihatan ni. Lagipun ramai sangat la yang menunggu... Tak larat aku...

Buku biru...


Aku melepak kat meja pendaftaran ni je sampai pukul 1... Berborak dengan petugas kat situ sambil2 diselitkan sedikit dengan aktiviti membawang.

Dalam pukul 2 lebih kami ke Empire Gallery sebab petang ni kami ada raptai penuh untuk majlis malam esok di Empire Hotel. Sebelum tu kami pergi isi perut dulu kat Kedai Nyonya...

Cendol untuk badan aku yang kejap panas...

Laksa untuk badan aku yang kejap sejuk... So ngam la.. badan sejuk panas sejuk panas... Makanan pun aku ambik sejuk dan panas.
Fengsan..
Haha

Menunggu sesi raptai bermula...

Layan SJ Band prektis dulu...

Kat luar dewan ballroom...
Sempat lagi tu...

Ya. Badan aku semakin lemah... Lepas telan panadol, ok sekejap....

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review