Sahabat

Halaman

07 Februari 2020

Chapter 2 : February 2020 ~ Page 38 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Februari 07, 2020
Assalamualaikum wbt

Jumaat : 07/02/2020

Jumaat. Hari ni nama aku naik lagi untuk hadir ke Program Gaya Hidup Sihat... Oklah.. Alang2 stamina aku dah da sikit ni lepas bersukan hari tu, bolehlah aku teruskan larian dan senamrobik ni.





Ada yang nak pitam masa larian. Mungkin belum sarapan lagi agaknya... Kalau aku, at least aku minum air panas sikit.. kalau tak mesti rasa nak pitam.


Lepas larian, sambung senamrobik...


Belum pukul 11 aku dah cari makan. Pagi tadi larian dan senamrobik elok dah turun sekilo. Lepas makan, naik tiga kilo.
Punah...
Kak Long Seha bagi puding laici ni... Sedap.. dah petangbaru aku teringat nak makan.. nasib baik lom balik rumah lagi... Kalau tak mau aku patah balik opis semata2 nak .makan puding ni.

Balik aku singgah pasar malam Subang Perdana... Sini nampak gayanya macam baru lepas hujan lebat.. sebab tu la masa aku sampai, masih banyak lagi tapak yang masih kosong.. mungkin peniaga sampai lambat / cuti berniaga 

Aku dah macam ketagih pulak nak makan tauhu begedil ni. Sedap.. terasa dagingnya... Peniaga pulak cantik2 muda belia... Pandai diorang buat tauhu begedil ni..

 Tengkuk ayam pun sedap gak. Padanlah sentiasa ramai pembeli kat peniaga tu.. kalau nak beli, cari je peniaga ayam goreng yang ramai orang beli. Kerumun jugalah pembelinya. Kalau tak salah aku, yang jual air sbelah tu pun peniaga yang sama. Budak2 muda jugak tapi lelaki..

Malam sebelum tidur aku makan mangga ni. Manis. Beli kat pasar malam tadi. 2 kilo RM10. Potong2 lepastu sejukkan dalam peti ais.. bila makan, sejuk je tekak ni.

Haishhhh

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review