Sahabat

Halaman

24 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 298 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Oktober 24, 2020

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 24/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-221


Pagi ni aku tertengok IG dapur_matiri ... Terliur pulak aku dengan popia carbonara yang dia jual. Tetiba jer air liur menjejes. Rasa macam terus nak pergi kedai, tapi masa aku tengok IG tu, Subuh pun tak masuk waktu lagi. Kedai memang tak bukak la....

Lepas Subuh aku tertidur. Bukan sengaja nak tidur tapi bila duduk rumah sorang2 ni, memang tak ada apa aktiviti yang boleh dibuat. Duduk apartment pulak tu.. kalau duduk rumah bertanah boleh juga aku bercucuk tanam kat tepi rumah... Bamgun tidur, perut dah lapar. Aku pun bersiap untuk cari bahan nak buat popia carbonara ni... So aku merempit ke Pasaraya Super Seven.

Balik dari Super Seven, singgah ke Ayam Gepuk Yeop kat Subang Bestari. Nasib baik dia buka awal... 

Aku amik yang level sangat pedas. Pedas dia memang puas hati la.. boleh dimakan walau pedas.

Eh. Sebelum makan nasi tadi aku makan rock melon ni dulu.
Maniss macam aku.

Dah petang baru aku buat popia carbonara ni.

Dah tak kempunan lagi dah. Sedap. Pandai aku buat.

Haha


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review