Sahabat

Halaman

30 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 304 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Oktober 30, 2020

Assalamualaikum wbt


Jumaat : 30/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-228


Lama tak masak nasi goreng anakku ni.. hari ni masak gak la... aku uprade sikit letak daging... siap la bekalan pergi kerja hari ni.

Perjalanan ke tempat kerja yang sungguh mendamaikan. Tak ada lagi kesesakan lalulintas kat sini.

Sampai opis terus pergi kaunter aduan tengok ada tak barang aku sampai... Yess ada.. Aku beli yang murah jer ni harap2 boleh guna la... 

Macam biasa, ke Parcelhub Mydin USJ untuk dropoff barang customer.

Malam lepas Isyak aku keluar jap nak pergi Paya Jaras rumah Eka.. Aku beli kuih frozen kat dia...

Rumah Eka. Eka ni menantu orang kampung aku, Pakcik Suboh. Tapi lama lepas suami Eka meninggal, dia kawin lain dan menetap kat Paya Jaras ni. Senanglah aku. Dulu kalau bali Segamat baru dapat beli kuih dia, sekarang ni bila2 masa jer boleh order.

Satu yang aku kagum kat EKa ni, walaupun dia dah kawin baru, dia tetap balik Segamat jenguk mertua dia dulu masa masih dengan arwah suami dia. Yang bestnya, suami dia pun sporting... selalu kalau balik sana, suami baru dia akn ikut sekali. 

Makan sorang punya stok. hahaha

Malam tu jugak terus goreng sikit. Sebenarnya aku order karipap ayam, daging dengan Pisang Molen. Tapi dia bagi free sardin roll dengan kuih bom. First time makan kuih bom dia, sedap sangat. 

Sampai teringat-ingat.

Haha




0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review