Sahabat

Halaman

07 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 281 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Oktober 07, 2020

Assalamualaikum wbt


Rabu : 07/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-204


Hari ni abah aku, Hj Hassan Bin Hj Mohammad akan buat pembedahan kecil di Hospital Serdang untuk pasang bateri kat jantung. Keputusan ni kami sepakat buat adik-beradik memandangkan fungsi jantung abah tinggal kurang dari 35% jer.. Sebenarnya 11 tahun lepas abah dah pernah buat bypass surgery kat Hospital KPJ Ampang Puteri.. mungkin dah lebih 10 tahun, kesihatan jantung abah semakin tak ok...

Aku pulak, konon nak gerak awal pagi merempit ke Hospital Serdang, tapi apakan daya, hujan pulak.. Terpaksalah aku tunggu dulu sampai hujan berhenti. Kereta pulak aku tinggalkan kat IPD... memang tak boleh nak buat apa laaaa...


Sampai hospital, abah dah masuk jumpa doktor dengan kak Ani. Tak sempat aku nak jumpa abah... takper lah... aku tunggu je kat bawah ni... lagipun semua adik beradik aku ada...



Dok kat Cafe Hospital Serdang, macam-macam pilihan makanan ada. Rambang mata aku... Akhirnya aku pilih mee kari. Sedap... licin aku makan.

Sesungguhnya aku yang paling kembang

Tengahari aku ajak adik aku Azhar dan adik ipar aku, Hafiz untuk tengokkan kereta aku yang kekadang ada bau hangit walau temperature tak naik. Risau gak la aku walau setakat ni dia tak buat hal lagi kat tengah jalan.

Singgah Homestay dulu kat Connezion IOI Mall hantar makanan mak aku yang tunggu kat sana.. Memang kami tak bagi mak ikut sebab takut mak penat kena tunggu lama kat hospital.

Adik dan adik ipar..

Bawak diorang tengok dulu kereta aku yang aku park depan IPD...

Terus bawak pegi bengkel depan IPD.. oklah ada orang lelaki... kalau aku yang pergi hantar takut kena ketuk plak dengan bengkel.. aku bukan apa, dah banyak kali terkena. Serik rasa. hahah
Masalah drive shaft katanya....


Ok tinggalkan jer kereta kat bengkel.. dah siap nanti dia akan hantarkan ke IPD.. kunci aku suruh dia tinggalkan kat post guard tu jer. 

Sampai homestay, tengok adik aku nak turun bawah pergi Speedmart.. aku pun kirim la air ni.. maklumlah aku ni ada masalah penghadaman... so memang sesuai la air ni untuk aku.

Mak aku ajak aku pergi hospital. Risau betul dia bila tak ada perkembangan pasal abah dari hospital.. Abah aku masuk OT dalam pukul 4... sepatutnya kejap je buatnya... 

Adik ipar aku yang hantar aku dengan mak ke hospital. Abang Ijat dengan Kak Ani memang dah ada kat hospital dari pagi tadi diorang tunggu kat sana. Azhar pulak terpaksa balik Johor sebab ada hal.. tapi dia kata Jumaat dia akan balik jumpa abah semula..

Aku dengan mak tunggu kat cafe.. terjumpa pula kawan se trafik aku, Gaya. Mak dia pun masuk Hospital Serdang ni.. dia lagi kesian.. tak ada adik beradik lain yang boleh bergilir jaga mak dia. Tapi dia memang anak yang baik dan kuat. Susah aku nak cakap kat sini.. tapi memang dia seorang anak yang terlalu baik dan sanggup berkorban demi mak dia.. walau dalam masa yang sama, satu-satunya anak dia tengah demam kat rumah...

Risau mak.. dah pukul 8 pun abah masih tak keluar dari OT...  tapi bila dapat tau abah dah selamat, memang nampak lega sangat muka mak. Memang lah ni cuma pembedahan kecil tapi sebab abah dah berusia, mungkin ada komplikasi lain masa pembedahan tu.

Menurut doktor, abah lah pesakit yang paling lama diorang buat... sebab diorang tak jumpa jalan... 
Jalan apa tu jangan tanya aku, sebab aku pun tak tau.

Sebelum balik homestay... beli makanan untuk anak buah aku. Rezeki malam tu, orang kafe bagi banyak makanan free untuk kami. Masa aku beli dapat free, masa kakak ipar aku beli pun dapat lagi makanan free.

Alhamdulillah


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review