Sahabat

Halaman

20 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 294 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Oktober 20, 2020

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 20/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-217


Hari ke tujuh PKPB. Dalam tempoh PKPB ni, aku berkerja tiga hari jer dalam seminggu.. Isnin, Rabu dan Jumaat. So hari ni aku off la...

Hari ni juga aku akan ke CIMB Finance di Glenmarie untuk sign agreement kereta. Alhamdulillah. Aku akan miliki sebuah kereta baru... Lama dah aku tahan perasaan nak beli kereta baru ni..  tapi aku kuatkan juga hati untuk tak nak tambah hutang. Disebabkan bulan ni jer sampai dua kali kereta aku buat hal, aku nekad untuk beli kereta baru. Tak perlu kereta mahal, cukuplah untuk berapa tahun aku tak payah pikir nak repair kereta. Yang paling penting, kalau aku nak travel balik kg jumpa suami dan anak2, tak perlu risau kereta buat hal lagi...

Di sini...

Dari Glenmarie, aku ke Parcelhub USJ untuk pos barang.

Menyinggah jap...

Tuang minyak motor kat Petronas depan Summit.. kalau dah kat sini tak sah kalau tak beli nenas dia. Manissssss...

Perut lapar... Teringat pulak Nasi Ayam Gepuk Yeopp kat Subang Bestari.. singgah la kejap sebelum balik rumah.

Ni kedainya...

Sedap. Pedas dia memang cukup kena la dengan tekak dan selera aku.  Boleh repeat lagi next time.

Tengah2 malam masak megi pulak...


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review