Sahabat

Halaman

08 Oktober 2020

Chapter 10 : Oktober 2020 ~ Page 282 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Oktober 08, 2020

Assalamualaikum wbt


Khamis : 08/10/2020

PKP / MCO : Hari Ke-205


Pagi ni aku masih kat Conezion IOI ... Tapi cadangnya tengahari nanti aku nak balik rumah kejap.. nak siapkan order customer Shopee.


Tengok dalam peti ais, ada keropok lekor lagi baki yang goreng semalam. Aku pun gorenglah buat sarapan... 

Tengahari aku gerak balik rumah... sebelum sampai rumah singgah kedai Ustaz Ebit Lew kat Subang Perdana jap. Tengok apa yang ada sambil cari coklat untuk buat kek nanti.

Sampai rumah, teeus bersiap2. Misi membuat kek...

Settle!

Siap kek semua dan order2 lain, siap packing, aku terus gerak semula ke Conezion. Sepupu aku, Herffa yang keje kat Ipk nak datang tengok abah aku. Dia dah warning aku awal2 supaya aku ada sekali... Dah lama tak jumpa katanya... Poyo je kan. Padahal aritu masa pergi KL Tower sekali, dia ada sekali. Haha!

Dia muda dua tahun je dari aku. Tapi dia nampak jauh lagi muda dari aku. Jeles aku. Mungkin sebab dia kurus tinggi kut..

Abah. Boleh pulak dia terlupa pakai mask masa sepupu2 aku datang... Nasib baik sepupu aku tegur. Terus mak aku bagi mask kat abah

Meriah

Dua orang nurse, sorang polis. Frontliners. Aku jer backliner.

Malam lepas hantar sepupu2 aku kat bawah, aku mintak abang aku tengokkan kereta aku... Errr.. aku kekadang kurang yakin dengan dia... Takut makin jahanam kereta aku. Tapi tak lama lepas tu aku tersedar... Dia tu engineer helikopter... Selok belok helikopter semua dia tau.. apalah sangat kalau nak tengok kereta, kan? Haha

Naik rumah, tengok ada tomyam siakap ni,  baki yang diorang makan tadi. Ya Allah sedapnya... Perut memang tengah lapar ni... Tu la.. tadi diorang ajak makan sama, aku jual mahal. Kan dah lapar.

Hahap


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review