Sahabat

Halaman

01 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 1 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Januari 01, 2020
Assalamualaikum wbt...

Rabu : 01012020

Selamat datang ke Wawasan 2020... Inilah tahun yang aku tertunggu-tunggu dari zaman kanak-kanak lagi... Alhamdulillah... Aku masih lagi bernafas untuk merasai sambutan year 2020 ni. Aku tengok ramai juga yang update status kereta terbang masing-masing hari ni. Dan pelbagai lagi cerita yang diupdate status oleh kawan2 aku di hari pertama 2020.


Ni antara video kereta terbang yang viral. Kreatif sungguh diorang ni bab2 memerli. Ngeeeee!

Aku pulak hari ni sibuk menguruskan persekolahan anak aku lebih-lebih lagi si Arissa Qaisara yang baru melangkah ke darjah satu. Oh ya. Johor adalah salah satu negeri yang tak ambil cuti tahun baru. Sebab tu sesi persekolahan bermula pada hari ni, 1 Januari 2020.

Dua beradik...

Oleh sebab tahun lepas aku tak dapat cuti awal tahun sebab bagi peluang pada kawan lain bercuti, so tahun ni memang turn aku pulak yang cuti. Alang2 cuti, aku apply direct seminggu. Ye lah. Dah le anak2 dengan suami aku tinggal kat Johor, sekali sekala bagi chance la aku cuti lama sikit. Biasa balik kejap- kejap rasa tak puas. Sangat.

So sesi persekolah Arissa hari ni ok jer. Aku dengan Ainul yang terlebih risau. Dia rilek je. Sekolah rendah aku tak risau sangat sebab sebelum ni dua tahun dia pra-sekolah kat situ. Cuma yang aku risau, waktu rehat nanti pandai ke dia beli makan sendiri? Ainul beria suruh aku buatkan bekal makanan untuk Arissa, takut dia tak reti nak beli nanti. Tapi Arissa yang taknak bawak bekal. Dia kata dia boleh beli sendiri. Takpelah. Mama percaya anak mama pandai bawa diri..


Cuma masa sekolah agama sebelah petang tu, aku nampak dia macam risau sikit. Kali pertama berada dalam sekolah tu. Tapi masa aku nak balik tu, dia kata ok je.. Nasib baiklah sekolah agama dia sejam setengah je. Masuk jam 2 balik jam 3.30pm... aku bagi dia duit belanja pun dia tak guna.. mungkin sebab dia masih kenyang makan 2 pinggan nasi lepas balik sekolah rendah tadi. Haha

Sindrom mak-mak pelajar darjah 1... 😂

Tapi hari ni aku yang terlebih penat sebab uruskan persekolahan anak2 di tambah pula dengan mengemas rumah yang jarang2 mama dapat buat. Dua kali aku keluar pegi bandar sebab nak cari barang2 yang diperlukan untuk mencantikkan rumah. Rasa nak patah pinggang dibuatnya tapi tak apalah... Bukan selalu pun. Nanti bila aku dah balik subang, mesti rindu saat2 macam ni.

Tersusun sudah koleksi medal larian aku

Oklah. Masa untuk tidur. Esok kalau ada masa aku update pula page 2/365 bagi tahun 2020.

InshaaAllah

#cikdiari


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review