Sahabat

Halaman

09 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 9 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 09, 2020


Assalamualaikum wbt

Sebenarnya rasa sakit kat belakang aku masih tak hilang lagi ni.. lenguh sangat2.. tapi aku bertahan je la... Sekali sekala aku sapu la mintak panas.. legalah sikit walau sekejap je..


Tengahari aku ikut seha pegi tapau makan..  saja aku nak try Ayam Geprek kat USJ 1 ni.. ayam dia memang sedap cuma aku tak puas makan sebab sambal dia tak pedas. Tapi secara keseluruhan, oklah. Sesuai dengan harga. Oh. Cuma air sirap dia manis skit.. so aku tambah air masak sikit..
Dalam 2.30 aku pegi training bowling kat Summit. Sebenarnya beberapa cubaan untuk menarik diri dari game esok telah aku lakukan. Tapi tak berjaya, sebab kekurangan peserta. Takperlah.. aku pasrah dan redha.. redah je la masa game nanti walau belakang aku masih sakit...



Lepas training, jalan2 summit jap untuk habiskan masa. Sempat gak aku masuk Romantika. Memang rambang mata dibuatnya...

Lepas pergi summit, aku lari jap pergi Decathlon kat dalam Giant USJ 1.. beli tshirt Kalenji sehelai.. asalnya aku ingat nak tukar baju, tapi malas pulak. 

Nak gerak dari Giant, hujan pulak. Makan la ayam dengan karipap Uncle Jack jap sementara tunggu hujan reda...


Hujan reda je, aku terus ke Taipan. Aku book untuk massage kat Thai Best Taipan dalam pukul 7.30pm. Tu je masa yang paling cepat. Takpela.. aku pun takder la kejar maghrib sebab tengah peot.

Alhamdulillah, kurang sikit rasa sakit kat belakang aku ni. Harap2 aku dapat bertahan dalam game bowling esok.

Aminnnn.


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review