Sahabat

Halaman

27 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 27 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 27, 2020
Assalamualaikum wbt

Aku lapar sandwich... so pagi ni aku buatlah  Mayo Tuna-Egg Sandwich...  aku hantar rumah mak mertua aku sepinggan.. untuk anak-aku, aku tak letak sayur sebab kalau aku letak sayur confirm diorang tak makan.

Ikan siakap yang aku beli kat Pasar Kipmall tu aku masak tiga2 ekor tu.. aku buat masak stim lemon.. asam boi tu yang menambahkan lagi kesedapan ikan tu.. sekor aku hantar rumah sebelah ( rumah mertua aku la )

Sotong tu aku buat masak sambal...

Dah makan banyak, aku minum air detox dengan harapan esok kurus.

Kurus? Mimpi la... nak pergi Pizza Hut jap.. Nak gunakan voucher yang dapat ni.

Sebelum pergi pizza, singgah D.I.Y dulu... ni pun satu ni... kedai yang bela saka... 

Dengan voucher tadi, dapatlah satu pizza besar dan dua pizza saiz medium... lepastu kitorang lepak kat tepi Sungai Kota Tinggi sambil menikmati pizza.

Sebenarnya hari ni besday asben aku yang ke 38. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang tak putus. Juga semoga ikatan jodoh kita kekal selamanya..

InshaaAllah.
Amin.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review