Sahabat

Halaman

02 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 2 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 02, 2020

Assalamualaikum wbt

Khamis : 02012020

Hari tak banyak yang aku nak ceritakan... Pagi settlekan sarapan untuk diorang sebelum pergi sekolah.. aku gorengkan nugget je untuk diorang, nasi goreng untuk dihantar ke rumah mertua aku. Cuma Ainul sebelum pergi sekolah, dia dah pesan tinggalkan nasi goreng tu sikit untuk dia makan lepas balik sekolah nanti...

Lepas diorang pergi sekolah, aku berpatah pinggang menyapu keliling rumah yang penuh dengan dedaunan berguguran - stok daun dekat tiga bulan punya... Banyak giler.. ketebalan daun tu seolah- olah kita boleh berenang-renang ketepian kat atas tu (ok ini imaginasi terlampau)










Setelah pinggang hampir patah, hujan turun diiringi dengan deruan angin seolah-olah berada di tepi pantai. Dan... Halaman rumahku dipenuhi semula dengan dedaunan yang gigih berguguran.

Aku surrender. Tunggu tiga bulan lagi baru aku turun menyapu.

Sekian.

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review