Sahabat

Halaman

16 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 16 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Januari 16, 2020
Assalamualaikum wbt

Hari ni aku kerja setelah 3 hari aku MC + Sabtu dan Ahad. Alhamdulillah.. kurang jugalah sakit tu.. sikit. Takperlah asalkan aku boleh berjalan dan lakukan pergerakan tanpa menyusahkan orang lain, itupun dah cukup baik.

So pagi2 lagi, on the way ke office, aku dapat notification dari TNG ewallet yang diorang dah tambahkan RM30 ke akaun ewallet aku. Alhamdulillah... Walaupun BRIM/BSAH dengan bantuan persekolahan anak RM100 aku tak dapat, sekurang2 nya merasa jugalah aku RM30 ni... Bolehlah asalkan ada. Lagipun aku memang selalu guna TNG ewallet ni.. so dapatla tambah2 lagi baki dalam akaun tu.


Pagi aku pawww bekalan Kpl Adam... asalnya masa aku tuang minyak pagi tadi, sempat la aku beli roti jagung kat stesen minyak tu.. sampai ops, aku masak air n bancuh Min Kaffe... Oh. Bihun tu bukan aku makan sorang ya.. aku share dengan kak sariha. Kpl Adam pergi keluar beli sarapan lain. haha!
Dalam tengahari... aku keluar settlekan dua benda... Tinted kereta dengan urut. Tapi hari ni aku nak cerita pasal tinted kereta je.. Esok baru aku akan cerita pasal mengurut sebab esok dan lusa aku akan mengurut kat tempat yang sama.

Tinted kereta ni aku buat kat Cool Master USJ dengan menggunakan voucher pembelian yang aku beli dekat aplikasi FAVE. 

Cuma RM 178 je gais. 

Dengan RM178 tu, ni yang dapat gais.. sekali dengan warranty 7 tahun.. aku rasa ni la pembelian awal tahun aku yang paling aku puas hati. Berbaloi-baloi.



Surat warranty 7 tahun

Lepas ni nak kilatkan lampu depan tu pulak.... buruk pulak tengok bila dah kelabu  macam tu...

Balik opis aku makan Nasi Arab Syawin Jiddan pulak. Lama dah tak makan nasi arab dia.. ni kebetulan dia ada balik subang, aku order terus kat dia. Kalau dia dah bali Penang nanti, terindu-rindu pulak. Oh ya. Dia meniaga kat Bukit Jambul.. nanti aku update kemudian kut2 ada sesiapa yang teringin nak merasa Nasi Arab Syawin Jiddan ni...
Sampai dah barang yang aku beli kat Shopee.. Tali Ukulele dan lain2.. Asalnya nak beli tali ukulele je sebab ukulele aku tu dah bertahun terputus talinya... last2 belia jugak sampingan yang lain untuk gitar aku...


Ok. Tu je kisah untuk hari ini...
Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review