Sahabat

Halaman

04 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 4 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Januari 04, 2020
Assalamualaikum wbt

04012020

Hari ni pagi-pagi lagi aku dah kemas-kemas barang untuk aku bawak balik Subang. Baju kotor aku pun asben aku hantar pegi dobi tengah malam tadi. Semalam dia terlibat dengan audit kat tempat kerja dia, tu yang dekat pukul 11 malam baru dia sampai rumah.

Merajuk jugalah aku sikit bila dia balik lambat. Ye la.. esok aku dah nak balik.. hari ni la aku nak luangkan masa lebih sikit dengan dia n anak2. Tapi takperlah...

Plan asal aku nak gerak sesudah subuh, tapi banyak benda lagi aku kena settlekan pasal rumah tu, sebelum aku balik sebulan lagi. Bila semua settle, dalam 9.15am aku gerak dari Kg. Sungai Telor tapi sebelum aku bertolak, aku bawak dulu ainul dan arissa pergi kedai runcit untuk beli barang rumah sikit.

Setiap kali lalu Kari Kambing 40 Hari, tak pernah tak ramai orang. Sentiasa penuh macam ada kenduri kawin. Aku rasa kenduri kawin pun tak seramai tu orang datang.


Oh ya. Sebenarnya aku memang suka ikut jalan lama berbanding ikut hiway. So aku akan ambil masa yang sedikit lama sambil menikmati keindahan di kiri kanan jalan. Bukan sebab nak jimat tol sebab aku rasa minyak lagi mahal kut tapi aku ada sedikit fobia bila lama2 atas hiway lebih2 lagi kalau aku drive sorang. Aku rasa entah berapa banyak kali aku tersadai tepi hiway. Bateri kong la. Temperature naik la. Tayar pecah la. Paling rare bumper depan kereta aku jatuh. Hahahaha itulah kesan dari pemandu kereta wanita yang jarang ambil tahu / sikap sambil lewa untuk penjagaan kereta.

Errrr.... Tapi sekarang aku dah mula ambil berat dan Alhamdulillah kereta aku dah lama tak buat hal. Servis n ganti tayar lama itu perkara normal... Berapa kali dah aku bawak jalan jauh dan dia berkhidmat dengan sangat cemerlang tanpa masalah. Cuma fobia aku masih lagi tak kurang. 😅

Sepatutnya aku aku masuk tol Kulai, tapi aku pilih untuk masuk tol Yong Peng Utara... Memang makan masa sikit tapi takperla sebab aku bukannya kejar masa sangat. Yang penting selamat sampai Subang.

Masuk tol Yong Peng Utara, aku keluar tol Pedas - Linggi jap untuk merasai makanan kegemaran aku... Daging Salai Masak Lemak Cili Api kat Sabak Salai. Aku memang suka masakan kat Sabak Salai ni, memang sebijik masakan mak aku. Sedap sangat, kena dengan selera aku. Tapi ada juga kawan aku yang kata tak sedap.. dia lebih suka masakan salai kat satu lagi kedai makan ni.. tapi aku pulak tak kena dengan selera aku kedai makan tu. Nak buat camana kan..  selera dan tekak masing2.

Ngeeeee!

Setiap kali datang mesti penuh n beratur panjang..

Oleh sebab aku nak tapau, so aku keluar barisan la. Peh legaaaa! Haha.. 

Pilih je nak saiz yang mana...



Yang ni RM12 ... Berbaloi-baloi
ikan kaloi hoi!


Singgah USJ jap ambil barang yang aku order kat Shopee..... Yang tu pun sama macam kedai eco. Bela saka cuma Shopee ni saka versi online. Abis duit gaji aku kat dia je padahal aku tak keluar rumah pun. 

Alang2 tu.. makan la sekali yang aku dah tapau tadi.. nyummmmm!!! Sodap kau!


Lepas makan, aku terus balik rumah... Guling-guling laaaaaa apalagi...

Haha!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review