Sahabat

Halaman

13 Januari 2020

Chapter 1 : January 2020 ~ Page 13 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Januari 13, 2020

Assalamualaikum wbt

Hari ni aku tak larat sangat sampai susah nak bangun. Belakang aku makin sakit. Asalnya aku ingat aku nak drive sendiri pergi ke klinik, tapi aku rasa macam tak confident. Kebetulan hari ni abah aku datang KL, check up kat IJN. Adik aku yang Azhar tu yang bawa abah dari Segamat ke KL, dan kakak aku yang Kak Ani tu pun ada sekali. Abg Ijat pulak baru sampai dari Miri malam tadi. So lepas diorang hantar abah aku kat IJN, aku mintak Azhar ambik aku kat rumah untuk bawa pergi hospital.

Mula2 dia hantar aku ke Ara Damansara Medical Centre... Hospital paling dekat dengan rumah. Tapi aku diberitahu yang katil takder kosong, sebab ramai pesakit yang terkena virus influenza. Aku diminta untuk tunggu sampai ada katil kosong. Bila ditanya agak2 berapa lama, dia kata mungkin malam. Bila dah macam tu, hati aku berbelah bahagi. Adik aku nak balik Pasir Gudang lepas settlekan aku, sebab esok dia kerja. Takkan la dia nak tunggu sampai malam. Lagipun yang paling penting, aku risaukan si bulus dua ekor kat rumah tu, camana pulak kalau aku warded. Camana dia nak makan nanti.

Akhirnya aku minta adik aku hantar aku pergi Poliklinik Dinar kat Subang Perdana jer. Kalau tak ok baru aku akan pergi ke hospital untuk rawatan susulan.

Sementara tunggu giliran...

standby untuk X-Ray
Selesai urusan kat Poliklinik Dinar, Azhar hantar aku balik rumah. Memang aku taknak menyusahkan dia sangat sebab aku tau dia penat.. Malam semalam sampai KL dari Johor, hari ni dah nak kena balik Johor semula. Memang dapat surat untuk rujuk pada pakar orthopedik, tapi aku rasa macam malas nak pergi hari ni. Kalau rajin aku akan pergi esok.

Dapat MC sehari.. cukuplah sementara aku pergi cek kat hospital. Klu aku tak larat, aku ambik emergency leave je nanti

Lepas makan tengahari dan telan ubat tahan sakit, aku rasa macam ada kurang sikit sakit tu. So, perlahan-lahan aku drive untuk ke opis, hantar si bulus dua ekor tu.

Sampai opis, aku berfikir-fikir macamana nak turun sebab agak seksa jugalah untuk aku turun kereta. Last2 aku mintak tolong Din, Mail dengan Jai untuk bawak kucing tu turun. Aku janji dengan si bulus tu, kalau aku dah sihat aku akan bawak dia balik semula ke rumah. Sekarang ni kalau aku biarkan dia kat rumah, confirm tak terurus. Sian diorang...

Aku terlupa yang aku ada order kek cheese leleh kat Sarjan Rohaida. Alang2 aku dah datang, aku minta dia hantar kek tu kat kereta. Bolehla aku pass terus MC aku kat dia...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review