Sahabat

Halaman

20 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 325 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, November 20, 2020

  Assalamualaikum wbt


Jumaat : 20/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-248


Sebelum tidur malam semalam, aku sempat la buat overnight oat untuk dibuat sarapan untuk pagi ni.

Aku letak mangga dan anggur sebagai aksesori yang sihat dalam overnight oat ni.

Dalam tengahari, orang yang supply komputer sampai untuk hantar 4 biji komputer pada kami. Alhamdulillah... tepat pada masanya. Komputer lama aku memang bermasalah... Selalu ter restart sendiri. Kekadang sakit mental dibuatnya. Ye lah... tengah2 guna, termati sendiri.

Ingatkan kenyang sampai malam la makan overnight oat tu. Aduhai... belum tengahari lagi perut dah berbunyi. I is stress. Terus ke kantin cari makanan. Tengok2 ada coq sayuq cicah sambal kacang. Sedap hoiiiii!

Balik kerja, singgah Uptown Kota Damansara, tapau Nasi Tiga Budak Gemuk..
Alang-alang lalu la dekat Pasar Malam Kota Damansara ni.. lama tak pergi... tapi aku tak beli apa dah sebab aku dah tapau Nasi TBG.


Dapat notification yang barang yang aku order kat Lazada dah sampai kat IPD... tanpa berlengah aku terus ke IPD... Esok lusa aku tak kerja, risau pulak kalau barang aku tu hilang. Pada aku barang tu mahal, walau mungkin pada korang, murah jer.

Tu dia... Sebenarnya aku beli external hard disk kat Lazada... Brand Seagate. Nak transfer segala dokumen yang ada dalam komputer aku sebelum di ganti dengan komputer baru.
 
Nasi TBG tu aku makan kat opis jer... Malas la bawak balik rumah. Bukan apa... perut aku dah makin lapar ni. Minta diisi.

Misi dietku hari ni GAGAL.
Bak kata kawan aku, gagal di permulaan itu tak mengapa. 
Esok cuba lagi!

Ehek!!!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review