Sahabat

Halaman

16 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 321 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 16, 2020

Assalamualaikum wbt


Isnin : 16/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-244


Lemah betul bila hari yang kena kerja ni... Bukan sebab malas nak bekerja, tapi mood pun tak ada sebab keje kejap sangat. Sampai pukul dua jer.. tu yang takder mood nak keje tu... Sebagai seorang pekerja yang berkaliber, kalau boleh aku nak kerja sampai malam. 


Muahahaha!


Ok aku tipu.

Nak pos barang customer.. harap tak adalah kelewatan dalam penghantaran.. memang setiap kali aku pos barang customer, aku mendoakan perkara yang sama... tak berlaku kelewatan sebab yang aku pos ni makanan yang boleh rosak. Walaupun aku lekatkan oxygen absorber, tapi rasa takut yang barang rosak tu tetap ada...

Mula-mula aku drop-off parcel kat Parcelhub Mydin USJ dulu...

Kemudian baru aku ke J&T USJ 9.. drop-off barang jnt pulak..

Lepas setel semua, aku pergi tapau makan kat kedai Cik Awang kat tingkat 2... walau tak banyak pilihan menu, tapi masakan semua sedap-sedap.


Tetiba big boss baru datang melawat kawasan...


Balik singgah stall aytam tepi jalan untuk beli bubur nasi dengan ayam goreng... hujan-hujan makan bubur memang nikmat.

Sebelum tidur, pasang lampu garam dulu...
Alhamdulillah dapat tidur yang berkualiti.

hihu!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review