Assalamualaikum wbt
Khamis : 19/11/2020
PKP / MCO : Hari Ke-247
Off day.
![]() |
| Sarapan aku hari ni. Makan sambil mengenangkan nasib diri yang hidup sendirian kat sini... Bila aku stress.. aku makan. Bila aku makan, maksudnya aku tengah stress. |
![]() |
| Aku kalau nak beli buah memang suka ke NSK sebab banyak pilihan buah. Macam-macam ada. Pilih jer nak yang mana. |
![]() |
| Alang-alang dah ke Kota Damansara, balik dari NSK aku terus ke Bake With Yen, nak topup bahan buat kek mana yang dah nak abis tu. |
![]() |
| Lepas masuk Bake With Yen, singgah Speedmart sebaaris tu, semata-mata nak cari aiskrim potong ni. |
![]() |
| Balik dari Kota Damansara, terus ke Subang Bestari, depan Klinik Syifa' untuk ambil Ayahman Scones yang aku order kat penjual. Dia minta aku ambil depan klinik ni. |
![]() |
| First time makan. Memang terbaiklah... makan panas2.. masuk dalam microwave dalam seminit. Pehhhhh! Sedar tak sedar empat ketul telan sorang2... |
![]() |
| Menu makan malam aku order guna Foodpanda. Macam pelik jer bihun sup ni. Simple sangat. |
![]() |
| Malam on laptop. Rasa macam tak puas jer tengok skrin laptop, kecik sangat. Tu yang aku sambung ke tv. Besar... puas hati. |
![]() |
| Tak sedar pukul berapa baru aku tertidur depan laptop. Sedar-sedar dah pagi. |










0 comments:
Catat Ulasan