Sahabat

Halaman

18 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 323 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 18, 2020

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 18/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-246


Hari ni banyak masa aku dihabiskan kat pejabat. So tak banyak la yang aku nak ceritakan di sini... Sengaja aku balik lewat, kalau balik awal pun tak ada apa nak buat kat rumah tu. 


Banyak kerja kat opis, sedar-sedar perut dah rancak menyanyikan irama keroncong. Rupanya pagi tadi aku tak sarapan. Nak beli makan kat kantin, aku rasa tak berapa selera pulak. Bukan tak sedap, tapi mungkin sebab dah terlalu kerap beli makan kat kantin. So agak sedikit bosan disitu. Hari ni aku rajinkanlah diri juga naik tangga tingkat dua berek untuk ke kedai Cik Awang. Walaupun kedai Cik Awang tak banyak pilihan makanan, tapi masakan wife dia memang sedap. Yang penting ada sambal belacan.

Nampak roti, aku terus beli dan makan kat situ jugak. Lapar punya pasal. Nasi aku bungkus, boleh makan kat opis jap lagi.

Alhamdulillah sedap dan kenyang

Dah kenyang, aku rempit jap pergi J&T untuk pos barang customer. Mujurlah J&T ni kat area depan ni jer... so senanglah aku nak berurusan.

Malam tak ada apa aktiviti aku buat kat rumah... Hari ni aku tak ada buat order customer.. InshAllah esok baru aku akan buat. So hari ni ada masa lama untuk guling-guling jer sambil layan socmed.


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review