Sahabat

Halaman

22 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 357 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 22, 2020

Assalamualaikum wbt


Selasa : 22/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-280 


Pagi sampai je ofis terus la ke kantin, cari apa makanan yang boleh dijadikan sarapan untuk hari ini.

Milo ais dan donut dua ketul. 
Pagi2 dah minum ais???
Entahlah... tak tau la bila aku nak hentikan tabiat ni...
Ya tau..
memang tak bagus untuk kesihatan...

Beli bubblewrap dengan Cik Sue Senget. Stok bubblewrap lama aku dah nak abis... 

Balik kerja tadi aku naik rumah jap pergi ambik baju-baju kotor yang aku dah suruh Ainul satukan dalam satu bekas. Aku tinggal ambik jer..

Sebelum ke dobi, aku singgah kedai pakaian, pergi cari baju dan seluar Arissa jap. Nak berjalan esok baju dia tak ada yang elok... semua dia tinggalkan kat kampung, tak bawak balik sini.

Alang-alang, beli burger lah kejap.. perut ni memang tengah lapar pun...

Mendobi jap.. bantyak betul baju kotor.. 

Sambil tunggu baju siap dibasuh, aku bedal burger dulu. Anak2 aku tadi aku dah order makanan guna Foodpanda..

Malam aku dan anak-anak pergi jemput asben aku kat TBS.. dia naik bas dari Johor petang tadi... nasib baik tak lama aku nak menunggu dalam kereta kat TBS tu.. cepat pula sampai basnya.. Mungkin tak jem kut...

Sebelum sampai rumah, asben aku kata dah lama dia tak makan roti john depan rumah tu.. tu yang singgah jap tu.. tapau..
bila dah tapau, haruslah aku punya pun ada..
hahaha!


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review