Sahabat

Halaman

13 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 348 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 13, 2020

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 13/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-271


Cuti hari ni tak ada sebarang aktiviti sihat yang aku buat. Teruk betul aku ni, entah bila la nak sedar tentang gaya hidup yang sihat... 

Pagi ni buat mee goreng daging.. ikhlas cakap, tak sedap... 
Anak-anak aku puan makan sikit jer...
tak habis

Dalam tengahari sikit aku pergi Kota Damansara jap, beli barang untuk buat kek kat Bake With Yen. Lepas tu aku bawak anak-anak aku pergi makan jap.. lapar punya pasal sampai lupa nak ambil gambar...

Dah petang sikit, aku cuba buat kek pisang sebab dah berapa kali aku cuba buat kek pisang, tapi tak pernah jadi.
Dan kali ni pun masih tak jadi... Kejadiannya macam bingka pisang, tak macam kek pisang.

Stress aku. 
Entah badi pisang apa la yang melekat kat aku ni. Mungkin aku kena masuk kelas online berbayar kut... Baru dapat sukatan yang tepat.

Lepas buat BINGKA PISANG tu baru aku buat kek swissroll yuang customer tempah kat Shopee...
Alhamdulillah.. walaupun sikit, tapi tetap ada...


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review