Sahabat

Halaman

17 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 352 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 17, 2020


Assalamualaikum wbt


Khamis : 17/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-275





Hari ni untuk sarapan, goreng jer apa frozen food yang ada dalam peti ais... Kebetulan gula halus kat rumah dah abis, baru jer abis buat kek aritu, so aku gantikan dengan gula perang jer..
.
Bolehlah janji manis...
Manis macam aku.

Diorang minta aku gorengkan sosej untuk makan tengahari nanti... nak makan sosej dengan nasi katanya..

Aku gorengkan telur la juga...

Untuk aku pulak, aku tapau mee kari kat kantin.
Sebenarnya baru semalam aku cakap kat anak2 aku yang aku nak masak mee kari sebab teringin nak makan.

Diorang jawab..

"Alaaaa mama.. Tak payahlah masak mee kari.. Ainul tak makan.. Kalau kari biasa dengan nasi tu Ainul makan laaaa"

Budak ni, macam la mama dia ni tak tau kenapa dia taknak makan mee kari... sebab banyak aksesori sayur-sayuran tu.. tu yang dia takut aku paksa dia makan mee kari yang aku buat tu... Paling senang, dia cakap jer la yang dia tak suka makan mee kari supaya mama dia tak buat dan tak paksa dia makan sayur..

Alahai anak... anak....

Penyudahnya hari ni, aku beli jer la mee kari dan kebetulan kantin ada jual. Bukan selalu kantin ada buat masakan special macam ni.

Memang rezeki aku la... Ni kalau aku buat sendiri, confirm banyak terbuang.
Membazir sebab aku sorang yang makan.

Pagi-pagi dah minum Milo Ais.
Dalia.. Dalia...

Mee Kari terkurang ambil kuah.
Haha

Sarjan Adam ada bawak jeruk mangga yang dia beli kat budak-budak yang meniaga kat trafik light tu.
Sedap gak... mangga yang jenis rangup ni...

Ngam sampai rumah, hujan turun dengan lebat...  Nasib baik aku dah selamat naik atas... Takderlah basah baju aku...

Malam Ainul goreng popia karbonara frozen dengan keropok lekor.
Sabar jer la aku tengoknya. Popia dia macam tak berapa masak sangat. Bila tanya dia kenapa tak tunggu garing, dia kata takut meletup..

Haishhh... Makan jer laaa...

Ingat kenyang ker makan keropok lekor dengan popia carbonara yang Ainul goreng tu?
 
Haha.

 Hujan pulak tu, memang perut lapar jer la memanjang..

Aku taknak makan nasi.. so aku order la Satay guna Foodpanda..
Sekurang2nya aku menyumbang kepada pendapatan rider foodpanda tu dan juga warung satay walau duit dalam akaun aku yang makin menyusut...

 

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review