Sahabat

Halaman

08 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 343 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 08, 2020

Assalamualaikum wbt


Selasa : 08/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-266


Hari ni aku off tapi pagi ni aku kena pergi ofis gak untuk serahkan duit baju PERKEP pada setiausaha.. Dia nak pergi Bukit Aman pagi ni, so bolehlah kirim sekali pada dia.. Lagipun aku tak suka pegang duit orang ni lama-lama..

Selfie dulu dengan sulung. Abaikan budak yang belakang tu sebab dia memang tak suka bergambar..

Kebosanan dia menunggu. Alang2 dah datang ofis ni, aku minta Aufa bahagian IT untuk tengokkan komputer yang tak ok aritu.

Ngantuk ke tuwwww... mama tak bagi ikut, nak ikut juga...

Singgah Parcelhub USJ jap drop-off barang...

Singgah pejabat pos sekali.. ada urusan sikit...

Masuk dalam Mydin.. tak tau nak cari apa...  tapi bukan nak cari Cik Corona ya... SOP tetap jaga... 

Balik singgah beli nasi bajet kat Subang Bestari.. RM3.50 jer...  ayam dia pun sedap.. panas-panas lagi.. Memang berbaloi la...

Simple macam ni yang anak-anak aku suka.. diorang tak reti makan banyak lauk..

Sebelah malam pula aku masak sambal sotong kering ni untuk dibuat sarapan makan dengan nasi lemak pagi esok.. 

aku ni tak berapa mahir masak nasi lemak.. tak reti nak buat anggaran letak santan tu banyak mana... terlembik pulak.. takperlah.. asalkan rasa tu ada. hahaha.. nasi lemak ni pun sebelum tidur aku dah masak. Esok senang, tinggal nak makan jerrrr.










0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review