Sahabat

Halaman

23 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 236 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Ogos 23, 2020
Assalamualaikum wbt


Ahad : 23/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-159

Alhamdulillah. Hari ni adalah hari yang sangat bermakna bagi aku. Masalah kesihatan tentang perut aku berakhir hari ni. Rasanya dekat dua bulan juga la aku tanggung. Terima kasih banyak pada Tini yang bagi aku supplement untuk di cuba. Alhamdulillah. Walaupun tak pulih sepenuhnya, tapi aku dapat rasa banyak perbezaan. Syukur sangat. Takderlah aku stress lagi. 


Dalam pukul 10pagi, aku pergi Paya Jaras jap ambil kuih kat Eka. Kuih ni untuk anak2 aku nanti dan juga yang adik aku kirim untuk aku bawa masa aku balik Johor nanti.

Singgah Speedmart Subang Bestari jap cari barang sikit.

Lama sangat tak makan nasi lemak, pagi ni aku singgah drive thru Mekdi Subang Bestari jap. Tapau Nadi Lemak Rendang Ayam. Terliur pulak tengok si Bazli UNIC makan semalam... Aku pulak tertengok IG dia sampai dia abis makan. Adessss! 

Ni yang aku punya. Adah punya aku tinggalkan je dalam kete.. nanti senang terus bawak balik Johor je.

Hari ni banyak masa aku abiskan dengan guling2 kat rumah je. Macam biasa la.. hari cuti.. bermalas-malasan jer... So memang tak banyak la yang nak diceritakan. Apa adanya jer... Lagipun tak tau kenapa tiba-tiba badan aku rasa macam nak demam dan kepala aku pening yang teramat sangat. 

Zzzzzzzzz la...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review