Sahabat

Halaman

17 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 230 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Ogos 17, 2020
Assalamualaikum wbt


Isnin : 17/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-153

Monday blues!!!
Hari ni sampai ofis, kak wani ajak pergi tapau makan kat tepi IPD ni... aku ok jer sebab naik kereta dia.. haha.. yerla.. aku ni kalau dah sampai ofis, memang malas la nak keluar semula kalau setakat nak beli makanan tu. Baik aku order guna Foodpanda jer.

Nasi lemak... kali pertama dan terakhir aku beli kat gerai tu. Mungkin tak kena kat tekak aku, tapi kena kat tekak orang lain. Memang tak termakan dek tekak aku..

Setakat ni takder lagi aku jumpa nasi lemak sesedap arwah abg Dino yang biasa meniaga petang2 kat tepi Petronas tu. Al- Fatihah buat arwah.

Aduh. Sian tengok diorang ni hari-hari berkawad bawah panas mentari.
Tengahari waktu rehat aku ke Summit jap untuk cari kasut putih, untuk aktiviti Perkep esok.. Alhamdulillah jumpa yang murah dan selesa. Tak nak aku beli yang mahal-mahal.. bukan pakai selalu pun... nanti rosak macam tu jer, macam yang berlaku sebelum-sebelum ni....

Singgah DIY Summit jap beli extension, ganti extension rumah aku yang terbakar aritu...

Singgah Family Mart gak.. cari gula-gula yang sjn Adam kirim..

Balik singgah beli Nasi Kak Wok... baru puas hati... 

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review