Sahabat

Halaman

13 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 226 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Ogos 13, 2020
Assalamualaikum wbt


Khamis : 13/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-149


Tak banyak nak cerita hari ni.. Banyak benda yang sama jer aku buat setiap hari. Rutin... nak menulis pun rasa malas dah... benda yang berulang-ulang. tapi tu la kan... nak tak nak kena gak sebab memang dah berazam untuk tulis diari penuh untuk tahun ni walaupun kadang-kadang selepas beberapa hari baru aku sempat menulis.


Kak Sariha bawak nasi goreng dengan keropok goreng. Dia bawak banyak, aku ambiklah sikit. Jimat duit belanja untuk sarapan aku. Alhamdulillah.

Skodeng diorang latihan kawad

Si Oyen ni... tetiba muncul dan manja kat sini. Rasanya ada orang buang kut...

Berlakon je ni... fitik la konon-kononnya... sebab nak hantar repot kat grup wasap BSPT

Otak-otak... lagi...

Dim Sum yang aku beli kat Nieza.. kali ni aku goreng jer.. sedap jugak...

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review