Sahabat

Halaman

22 Ogos 2020

Chapter 8 : Ogos 2020 ~ Page 235 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Ogos 22, 2020
Assalamualaikum wbt


Sabtu : 22/08/2020

PKP / MCO : Hari Ke-158

Hari ni aku nak try buat swissroll coklat dengan menggunakan resepi kek tapak kuda yang aku belajar melalui kelas online. Aku belajar buat kek ni sebab anak aku wasap, minta aku belikan kek ni kat Shopee. Bila, tengok harga aku rasa baik aku belajar buat dari dari beli. Bukan apa, kalau setakat beli satu, memang tak ada masalah. Tapi rasa2, setakat sebiji dua tu memang tak cukup la... Aku pernah makan yang abang ijat belikan. Aku makan sorang pun tak cukup. So jalan terbaik adalah aku belajar dan buat sendiri.

Pagi konon-konon nak buat donut. Tapi sebab kesuntukan masa dan dengan menggunakan teknik orang malas, makan se hodoh ni la kejadiannya. Takperlah... Yang penting aku kenyang. Hehe

First time buat, agak hodoh sikit kejadiannya. Tapi biasalah... Proses mengenali katanya...

Swissroll coklat pertama yang aku buat. Elok je lepas gulung, aku potong dan makan. Entah kenapa aku rasa macam kering jer kek ni.. maksud aku, filling dia. Resepi kek ni memang cukup lembut... Memang terbaik.

Then aku decide nak keluar cari cream cheese, whipping cream dengan coklat sikit. Cream cheese dengan whipping cream tu untuk buat frosting cream untuk letak dalam swissroll coklat ni walau kalau ikutkan resepi swissroll, tak perlu pun letak frosting cream.

Alang2 dah sampai NSK Kota Damansara, cari terus la lauk dengan buah-buahan segar.


Geram tengok strawberry tu

Manis betul betik ni... Nyesal pulak beli sikit.

Dah sampai rumah balik dari NSK baru sedar yang perut tengah lapar. Order Kerabu Meggi kat Restoren Maghi Raso guna Foodpanda... Banyak kali dah order dari restoren ni, sedap. Memang puas hati la...

Ni kek yang aku buat hari ni. Dua biji takder frosting cream... Yang lain semua ada frosting cream.. tapi kan... Sebenarnya yang takder frosting cream lagi sedap. Masa makan tadi aku rasa kering je, mungkin sebab baru masak... Bila dah simpan lama sikit, kek pun jadi lebih lembut dan berminyak (moist), bila masuk kat tekak Ya Allah sedapnya... Nyesal pulak yang lain-lain tu aku tak ikut resepi asal. Tapi takperlah.. okay je sebenarnya. Cuma lepas ni aku tau dah... Kalau swissroll cukup sapu coklat spread atau coklat hazelnut tak kira jenama apa, sebelum letak jenama coklat yang kita pilih..

So amacam??? Agak-agak sis dah boleh start meniaga tak ni?

Ngeeeeeeee!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review