Sahabat

Halaman

20 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 325 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, November 20, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Jumaat : 20/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-248


Sebelum tidur malam semalam, aku sempat la buat overnight oat untuk dibuat sarapan untuk pagi ni.

Aku letak mangga dan anggur sebagai aksesori yang sihat dalam overnight oat ni.

Dalam tengahari, orang yang supply komputer sampai untuk hantar 4 biji komputer pada kami. Alhamdulillah... tepat pada masanya. Komputer lama aku memang bermasalah... Selalu ter restart sendiri. Kekadang sakit mental dibuatnya. Ye lah... tengah2 guna, termati sendiri.

Ingatkan kenyang sampai malam la makan overnight oat tu. Aduhai... belum tengahari lagi perut dah berbunyi. I is stress. Terus ke kantin cari makanan. Tengok2 ada coq sayuq cicah sambal kacang. Sedap hoiiiii!

Balik kerja, singgah Uptown Kota Damansara, tapau Nasi Tiga Budak Gemuk..
Alang-alang lalu la dekat Pasar Malam Kota Damansara ni.. lama tak pergi... tapi aku tak beli apa dah sebab aku dah tapau Nasi TBG.


Dapat notification yang barang yang aku order kat Lazada dah sampai kat IPD... tanpa berlengah aku terus ke IPD... Esok lusa aku tak kerja, risau pulak kalau barang aku tu hilang. Pada aku barang tu mahal, walau mungkin pada korang, murah jer.

Tu dia... Sebenarnya aku beli external hard disk kat Lazada... Brand Seagate. Nak transfer segala dokumen yang ada dalam komputer aku sebelum di ganti dengan komputer baru.
 
Nasi TBG tu aku makan kat opis jer... Malas la bawak balik rumah. Bukan apa... perut aku dah makin lapar ni. Minta diisi.

Misi dietku hari ni GAGAL.
Bak kata kawan aku, gagal di permulaan itu tak mengapa. 
Esok cuba lagi!

Ehek!!!


19 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 324 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, November 19, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Khamis : 19/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-247


Off day.


Sarapan aku hari ni. Makan sambil mengenangkan nasib diri yang hidup sendirian kat sini... 
Bila aku stress.. aku makan. Bila aku makan, maksudnya aku tengah stress. 

Bila sedar diri yang badan aku makin naik akibat dari stress yang melampau lalu menyebabkan aku makan banyak, maka aku pun ke NSK Kota Damansara untuk mencari buah-buahan sebagai makanan diet aku untuk dimakan bersama oat.

Alah. Pendek cerita, nak buat overnight oat la... nak makan makanan yang sihat.

Aku kalau nak beli buah memang suka ke NSK sebab banyak pilihan buah. Macam-macam ada. Pilih jer nak yang mana.

Alang-alang dah ke Kota Damansara, balik dari NSK aku terus ke Bake With Yen, nak topup bahan buat kek mana yang dah nak abis tu.

Lepas masuk Bake With Yen, singgah Speedmart sebaaris tu, semata-mata nak cari aiskrim potong ni.

Balik dari Kota Damansara, terus ke Subang Bestari, depan Klinik Syifa' untuk ambil Ayahman Scones yang aku order kat penjual. Dia minta aku ambil depan klinik ni.

First time makan. Memang terbaiklah... makan panas2.. masuk dalam microwave dalam seminit. Pehhhhh! Sedar tak sedar empat ketul telan sorang2...

Menu makan malam aku order guna Foodpanda. Macam pelik jer bihun sup ni.
Simple sangat.

Malam on laptop. Rasa macam tak puas jer tengok skrin laptop, kecik sangat. Tu yang aku sambung ke tv. Besar... puas hati.

Tak sedar pukul berapa baru aku tertidur depan laptop. 
Sedar-sedar dah pagi.






18 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 323 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 18, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 18/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-246


Hari ni banyak masa aku dihabiskan kat pejabat. So tak banyak la yang aku nak ceritakan di sini... Sengaja aku balik lewat, kalau balik awal pun tak ada apa nak buat kat rumah tu. 


Banyak kerja kat opis, sedar-sedar perut dah rancak menyanyikan irama keroncong. Rupanya pagi tadi aku tak sarapan. Nak beli makan kat kantin, aku rasa tak berapa selera pulak. Bukan tak sedap, tapi mungkin sebab dah terlalu kerap beli makan kat kantin. So agak sedikit bosan disitu. Hari ni aku rajinkanlah diri juga naik tangga tingkat dua berek untuk ke kedai Cik Awang. Walaupun kedai Cik Awang tak banyak pilihan makanan, tapi masakan wife dia memang sedap. Yang penting ada sambal belacan.

Nampak roti, aku terus beli dan makan kat situ jugak. Lapar punya pasal. Nasi aku bungkus, boleh makan kat opis jap lagi.

Alhamdulillah sedap dan kenyang

Dah kenyang, aku rempit jap pergi J&T untuk pos barang customer. Mujurlah J&T ni kat area depan ni jer... so senanglah aku nak berurusan.

Malam tak ada apa aktiviti aku buat kat rumah... Hari ni aku tak ada buat order customer.. InshAllah esok baru aku akan buat. So hari ni ada masa lama untuk guling-guling jer sambil layan socmed.


17 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 322 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, November 17, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Selasa : 17/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-245


Off day.

Tapi ada beberapa perkara yang perlu di buat hari ni...


Masa turun dari rumah, aku ternampak kera sesat kat bawah rumah aku. Sebelum ni tak pernah pulak aku nampak. Tengok kera ni macam takut-takut jer dia. Kesian. Habitat dia dah kena kacau... terpaksalah dia keluar kawasan agaknya. Cari habitat baru. Tapi wahai kera, harga rumah sekarang makin mahal. Baik ko cari tempat lain untuk tinggal. Yang lebih sesuai dan selamat buat kau.

Sampai Mydin, cari makan dulu. First time makan bakso kat foodcourt, boleh tahan sedap. Biasa aku makan makanan lain kalau pergi sana.

Masuk Mydin, cari barang sikit... Ikan Bilis Tamban tak ada pulak... Aku suka beli ikan bilis tamban kat Mydin ni. Cantik dan murah dari tempat lain. 

Ikan Bilis Tamban tak ada stok kat Mydin,teruslah aku ke Segi Fresh kat Subang Permai. Nasib baik ada walau mahal sikit.

Kalau dah ke Segi Fresh, wajiblah singgah ke jiran sebelah... Eco Shop... tak pernah jemu masuk sini. Rambang mata. Saka betul.

Malam sebelum siapkan order customer Shopee, aku masak megi kari campur segala bahan yang ada dalam peti ais rumah aku ni...

Alhamdulillah... 
Kenyang.


16 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 321 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 16, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 16/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-244


Lemah betul bila hari yang kena kerja ni... Bukan sebab malas nak bekerja, tapi mood pun tak ada sebab keje kejap sangat. Sampai pukul dua jer.. tu yang takder mood nak keje tu... Sebagai seorang pekerja yang berkaliber, kalau boleh aku nak kerja sampai malam. 


Muahahaha!


Ok aku tipu.

Nak pos barang customer.. harap tak adalah kelewatan dalam penghantaran.. memang setiap kali aku pos barang customer, aku mendoakan perkara yang sama... tak berlaku kelewatan sebab yang aku pos ni makanan yang boleh rosak. Walaupun aku lekatkan oxygen absorber, tapi rasa takut yang barang rosak tu tetap ada...

Mula-mula aku drop-off parcel kat Parcelhub Mydin USJ dulu...

Kemudian baru aku ke J&T USJ 9.. drop-off barang jnt pulak..

Lepas setel semua, aku pergi tapau makan kat kedai Cik Awang kat tingkat 2... walau tak banyak pilihan menu, tapi masakan semua sedap-sedap.


Tetiba big boss baru datang melawat kawasan...


Balik singgah stall aytam tepi jalan untuk beli bubur nasi dengan ayam goreng... hujan-hujan makan bubur memang nikmat.

Sebelum tidur, pasang lampu garam dulu...
Alhamdulillah dapat tidur yang berkualiti.

hihu!


15 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 320 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 15, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Ahad : 15/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-243


Semalam masa pergi ker Pasaraya Super Seven, aku ternampak pulak peria.. tetiba rasa nak makan peria crispy pulak.. Biasa beli kat Hairul dan Fasha, tapi kali ni aku nak try buat sendiri. Setanding tak dengan Spicy Crispy Peria (CSP) yang diorang jual. 

Lepas dah sagat peria tu, aku rendam jap dengan air garam dalam sejam.. pastu aku gaulkan dengan campuran tepung bistari dan tepung lain.

Rangup tapi keras. Jauh beza dengan CSP rasa dia. hahahah

Pastu order Ayam Gepuk Yeoppp. Ingat nak makan dengan peria tadi, tapi aku terlupa... khusyuk sangat menikmati kepedasan sambal ni sampai lupa nak makan dengan peria crispy keras aku.

Dah kekenyangan, terguling2 pulak atas lantai melayan perasaan.
Buruk perangai betul.. 
Bukan apa, saja amik mood sebelum start buat kek...

Dah puas rehat, baru mem baking order customer..
Aku memang tak open order lagi kat kawan-kawan sebab mixer aku tak dapat lagi. Guna hand mixer memang bertabah sikit kalau nak buat banyak... So aku ambil order shopee jer dulu.. kayuh perlahan-lahan... Walau tak banyak, tapi tetap ada. InshaaAllah pertengahan Disember baru aku akan cuba iklankan perlahan-lahan dan open order untuk kawan-kawan.

Untuk hari ni...


14 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 319 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, November 14, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 14/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-242


Mula ingat pagi ni nak pergi jogging tapi kemalasan tu mengatasi segalanya. 

haha done bagi alasan. 

Sebenarnya pagi ni aku mintak kawan aku - En Midi maintenance kat tempat aku keje tu datang untuk repair tangki rumah aku yang dah bertahun rosak ni. Rasa penat pulak asyik turun bawah untuk bukak tutup meter paip. Lagipun dalam masa terdekat ni aku nak mohon rentas negeri untuk balik kampung jemput anak-anak aku balik Subang. Alang-alang diorang pun dah start tak sekolah ni, lebih baik aku bawak diorang ke sini. Jadi aku ada banyak waktu bersama diorang.


Bukan saja aku mintak dia repair tangki, aku mintak dia tukar kipas rumah aku sekali. Kipas ni pun dah bertahun-tahun rosak...



Betulkan plug kat dinding ni sekali. dah berbulan-bulan rosak...
nak tukar sendiri tak pandai.haha

Tang repair tangki ni yang paling lama... sejam lebih gak...

Badan kurus... rilek jer dok kat atas tu.. kalau aku la, mesti nak masuk kat celah tu pun tak muat... kurus sangat aku ni. ngeeeeee!

Nasib baik la diorang ni datang berdua... sorang tukang jaga meter paip kat bawah... Sementara tunggu nak test tangki tu sampai ok, berpanas la lagi sorang dok kat bawah tu...

Tak tau kenapa besi pelampung yang aku beli tu tak sama dengan yang lama. Akhirnya tak guna pun yang tu.. Encik Midi repair je besi yang lama tu tegakkan yang bengkok tu... sementara tu aku order jer makanan dan air untuk diorang dari restoren dekat dengan rumah aku tu. Mula2 order kat Foodpanda, tapi tak tau kenapa orang kedai tu batalkan pesanan aku tu... last2 aku order jer dari restoren yang tak jauh dari rumah aku ni walau aku tau masakan kedai tu tak berapa kena dengan selera aku.

Lepas setel semua dan diorang pun dah balik, aku keluar jap pergi Super Seven cari barang dapur sikit.


Sambung makan nasi yang order kat kedai tadi.

Sambung makan mee sup pulak. Diorang yang buat kerja, aku yang lapar teruk. Saka betul. hahaha

Alhamdulillah... kerosakan kat rumah aku dah betul dah... Senang sikit aku lepas ni...

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review