Sahabat

Halaman

02 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 93 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, April 02, 2020
Assalamualaikum wbt

Khamis : 02/04/2020

PKP / RMO : Hari Ke-16

Bosan la...

Lebih2 bila aku takder geng kat rumah ni. Sorang-sorang jer.. melepek... Kekadang nak masak pun malas, tapi kalau tak masak, kena order kat Foodpanda pulak. Perut ni bukan boleh lapar...

Gastrik!


Hari ni goreng lagi donut frozen yang aku buat semalam. Memang ni lah tujuan aku buat dan dan frozenkan, supaya bila nak makan, tinggal goreng je... Senang...

Mee Goreng Basah. Ni merangkap makan tengahari dan makan malam sekali... Kenyang... Banyak tu makan sorang... Memang gemuk.

Order susu Farm Fresh ni dari Bro Syed Najib. Dia ejen Farm Fresh kawasan rumah aku ni merangkumi Subang Bestari sekali. Banyak kali jugak la aku beli dari dia... First time masa aku eksiden motor tahun lepas.. Aku ni spesis yang akan minum susu, tak kira lah susu apa pun, janji susu. Masa eksiden tu memang tak boleh nak ke mana2.. semua main order je hantar rumah, termasuk la susu ni.

Ada masa rajin terlebih, aku buat cili boh sendiri. Lebih bersih dan jimat. Aku buat ikut cara mak aku..

Langkah2:
1- Cili kering dipotong dua
2- Basuh
3- Masak (rebus cili kering tadi)
4- Tekan-tekan supaya biji dia banyak yang keluar
4- Buang air rebusan tu.
5- Basuh lagi
6- Blend.. tambah minyak sikit untuk hancurkan biji cili yang tertinggal
7- Masuk dalam periuk semula, dan masak lagi.. sampai kering sikit airnya.

Selamat Mencuba! 😘😘
……................................................................................................................................................................



SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA




02/04/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review