Sahabat

Halaman

12 April 2020

Chapter 4 : April 2020 ~ Page 103 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, April 12, 2020
Assalamualaikum wbt

Ahad : 12/04/2020

PKP / MCO : Hari Ke-26

Seronok memang seronok PKP ni, tapi tahap kebosanan tu memang level teratas la. Nak nak aku ni yang duduk rumah sorang2... Naik tepu dah otak ni.

Kalaulah tilam aku ni boleh bercakap, mau aku kena maki sebab kerap sangat hempap dia.

Kalaulah peti ais aku ni boleh bercakap, mau aku kena jerit dengan dia tak kasi datang dekat. Social distancing.

Kalaulah dapur aku ni boleh cakap, mesti dia suruh aku bawak tilam tidur kat dapur jer. Kalau dah masuk dapur, faham-faham ler...

Paling teruk kalau perut aku ni boleh cakap, mesti teruk aku kena bebel sebab dia tak sempat nak rehat. Asyik bekerja je.


Pagi2 aku melayan movie kat laptop. Lama sangat dah tak on laptop... Nasib baik dia tak merajuk...

Sarapan aku... Karipap dengan milo fresh milk. Suka sangat aku buat milo dengan fresh milk ni.. tak manis sangat... Sedap je masuk tekak...

Nasi goreng petai untuk makan tengahari.. errrr.. sebenarnya dah petang sikit baru aku makan..

Oleh sebab nasi goreng tadi aku makan dah lewat petang, so malam aku ambik buah je...

….......................................................................................................................................


SITUASI SEMASA COVID-19 DI MALAYSIA


12/04/2020


0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review