Sahabat

Halaman

19 September 2011

Hari Ini : 19 September 2011

By Dalia Hassan at Isnin, September 19, 2011
Assalamualaikum...

Hari ni pagi2 lagi dah hujan kan? semenjak dua menjak ni memang cuaca tak menentu... kejap sejuk, kejap panas, kejap hujan... tengok kat status fb kengkawan pon ramaai yang tak sihat, semam, batuk, selsema dsb... ermmm.. nasib baiklah aku masih mampu bertahan... Dan hari ni, pagi2 lagi aku dah dapat panggilan dari CC Sariha... ingatkan kenapa pagi2 lagi dah cari aku, rupanya nak mengadu yang dia kena hentam dalam meeting... ermmmm... kadang2 aku kesian juga kat dia, sepatutnya dalam umur dia yang dah masuk 50an, keje dah tak perlu pening2 kepala... rilek.. yer la, sebelum ni 18 tahun dia kat Bukit Aman, kerja tak ada lah tertekan sangat macam sekarang... kat sini dia baru 7 bulan, tapi nak buat camana, dah dia dok situ terpaksa juga lah... aku sempat jugak la mintak dia bersabar dan belajar mengenali perangai masing2 dan dia bagitau aku yang sekarang ni dia dah mula memahami serba sedikit tentang hati budi dan perangai masing2... ermmm.. sorry lah aku tak boleh nak terangkan lebih2 takut nanti tersalah tafsir pula... *wink*

Hari ni kak wanie cuti.. so aku dengan linie jer la yang ada.. boring giler... tengahari kitorang lepak kat kantin... tengah2 makan tu Tuan Khai a.k.a Baim Wong datang... sorang2 plak dia, kembar siam dia tak ikut sekali.. dia tak join meja kitorang cam biasa, dia dok sorang2 kat meja sebelah.. so kitorang berborak dari jarak jauh la, kadang2 tak dengar apa yang dia cakap... aku cakap kat dia, meh la join kat meja kitorang sekali, senang skit nak borak.. korang tau apa dia kata???? dia kata, "ishhhhh... tak boleh, bukan muhrim.. lagipun aku dah berazam start Hari Malaysia haritu, aku nak lebih berintegriti dan kurangkan gosip" hahahahaha! aku, linie ngan shuhada yang join kitorang sekali boleh gelak sakan bila dengar jawapan dari tuan khai... sengal punya jawapan... konon nak kurangkan gosip, tapi dalam pada tu dia bergosip jugak... hahaha! aku siap perli dia tanya bini ada kat rumah ker? sebab takut nak join makan semeja ngan kitorang... maklumlah, rumah dia kat atas tu jer.... biasanya pantang tengok meja kitorang kosong, mesti join sekaki punya (aku rasa dia segan dengan shuhada kot) Tengah2 borak tu, datang pulak si Mizie terus ke meja aku... sempat la aku tanya dia pasal training badminton coz si Mizie ni geng badminton aku main petang2 kat dewan ipd tu...

Petang,  takder benda nak buat, aku ikut rombongan cik linie ke logistik, tingkat 12.. ni lah hobi aku... petang2 suka merayap pergi melawat kawasan... hahaha! yer la... dari terperap jer kat cops tu, baik aku pergi mencuci mata... bleh exercise sekali, mengeluarkan peluh sambil beramah mesra dengan kawan2... hehehe... selepas bergosip ngan chy ain dan ieyla, aku turun tingkat lapan pulak cari berita... maklumlah... wartawan hiburan... ngeh3...

Balik rumah jer, terima satu call dari kak noni... nak datang rumah katanya, nak beraya... kelam kabut aku suruh my asben pergi kedai beli barang2 nak buat bihun goreng singapore, sebab aku tau kak noni suka makan bihun singapore ni... dalam pada masak tu, akhirnya setelah setahun lebih, gas dapur aku pon abis... sian my asben kena keluar semula untuk beli gas... try call orang kedai tu mintak hantar tapi tak berjawab, tu yang terpaksa pergi sendiri tu... ngam2 jer siap masak jer, kak noni pon sampai... fuhhhhh lega coz sempat siapkan memasak.. lama jugak kitorang borak... maklumlah lama dah berjumpa, banyak lah ceritanya....

gambar tong gas sapa la yg aku jumpa kat mudah ni... pinjam yer (sekadar hiasan)

Ainul seronok la ada kawan datang rumah, anak2 kak noni tu... habis dia tunjuk barang2 mainan dia termasuk epad yang aku belikan dari China tu... bila kak noni balik jer, dia takder geng, aku yang jadi mangsa dia... ajak main sama... adoi la... huhuhuhu!

Rasanya ni jer la yang aku dapat cerita pada diari maya ku untuk hari ni...

daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

0 comments:

PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review