Sahabat

Halaman

11 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 346 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, Disember 11, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Jumaat : 11/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-269


Public holiday.

Tak ada apa nak buat. Ingat pagi ni nak jogging kat Elmina East, tempat aku biasa jogging time hari cuti, tapi anak2 ajak pergi Elmina West sebab nak pergi kat terowong oren dalam drama Cinta Sekali Lagi yang tengah viral tu... Kalau ikutkan aku, aku lebih suka jog kat Elmina East sebab tak ramai orang....

Tapi layankan jer la....

Sebenarnya... syok juga bila pergi kat tempat yang ramai orang ni... boleh cuci mata sekali..

Ngeeeeeeeeeeeeee!





Tudung Si Ainul dah macam tudung makcik-makcik...

Budak yang tak suka bergambar

Lepas jogging makan nasi lemak sementara tu basuh baju sekali kat dobi matahari... Nasi lemak singgit, tapi sorang makan sampai dua bungkus. Abis sia-sia jer kalori yang terbakar masa jogging tadi...

Restoren Tomyam Udang Galah sebelah Dobi Matahari tu masih tutup lagi.. kami guna meja dia sementara untuk makan.. Harap owner tak marah la... lagipun lepas makan, memang kami bersihkan macam biasa...

bersih sebersih bersihnya......

 siap lap dengan tisu basah anti bakteria lagi... 

Tiap kali mencuci mesti kena ambil mesin yang besar ni..20 kg... nak guna yang 14kg memang tak muat.... 

Petang buat oden pulak.. kali ni aku tak guna Oden Cekyana... aku guna pes tomyam adabi + kiub tomyam + pes asam pedas... sedap memang sedap tapi tak feel nikmat macam aku makan guna pes Oden Cekyana... yang tu memang aku puji sedap... sangatttt... ikhlas ni.. 

Tapau air extrajoss susu kat kedai mamak depan kawasan rumah ni jer.. apalagi.. guna khidmat abam Foodpanda laaaaa...

Malam aku tengok kuah tomyam tu ada lagi... aku pun panaskan pastu letak kepingan mee kering mee segera tu... berebut anak-anak aku makan.

Sedap.

10 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 345 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, Disember 10, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Khamis : 10/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-268


Hari ni aku off tapi petang nanti aku ada perjumpaan AJK PERKEP dengan Tuan OCPD... So ada masa sikit pagi ni sempatlah aku siapkan kek customer Shopee aku. Sebelum pergi IPD nanti bolehlah aku pergi drop-off jap..


Membaking... Mujurlah tak banyak nak dibuat pagi ni...

Swissroll coklat

Tapak Kuda

Sebelum masuk opis, pergi drop-off dulu kat Citylink Taipan USJ...

Ngam sampai IPD, hujan makin lebat... So stay dulu la dalam kereta sampai hujan reda. Risau gak.. Zuhor tak solat lagi.. harap sempat la sebelum meeting start..

Entah bila la nak pencen jadi bendahari. 
Tazabar....

Big Boss

Diet katanya ..

Errrr... Krik krik krik

Diet sangat...

Geng huhahuha @ Geng Wanita Senget. Lepas meeting terus pergi dewan besar, ada zumba...

Tu dia.. sampai rumah order Nasi Ayam Gepuk Yeop guna Foodpanda.

Gemuk pun gemuklah...





09 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 344 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, Disember 09, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 09/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-267


Hari ni aku kerja macam biasa. Seronok juga kerja selang hari ni.. Aku ada banyak masa dengan anak-anak.. tapi bila anak-anak dah balik Johor, aku rasa macam nak pergi kerja hari-hari jer sebab bosan duduk rumah sorang-sorang. 

Bercakap dengan dinding jer.. 

Macam orang gila.

Haha!

Pergi kerja hari ni bawak bekal nasi lemak sambal sotong kering yang aku masak malam tadi. Lupa pulak nak rebus telur dengan goreng ikan bilis. Timun pun tak ada. Tak apa lah. 

Ni pun dah lebih dari cukup...

Beli mochi dari Yatz. Adik dia kerja kat kilang buat mochi ni.. memang aku selalu beli dengan dia. Sedap. Ni aku beli perisa peanut butter dengan kacang merah. Anak2 aku first time makan mochi ni dan diorang suka sangat2.

Malam aku buat air lemon panas.
Sedapnya la hai masuk ke tekak ni...

Nikmat!

08 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 343 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, Disember 08, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 08/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-266


Hari ni aku off tapi pagi ni aku kena pergi ofis gak untuk serahkan duit baju PERKEP pada setiausaha.. Dia nak pergi Bukit Aman pagi ni, so bolehlah kirim sekali pada dia.. Lagipun aku tak suka pegang duit orang ni lama-lama..

Selfie dulu dengan sulung. Abaikan budak yang belakang tu sebab dia memang tak suka bergambar..

Kebosanan dia menunggu. Alang2 dah datang ofis ni, aku minta Aufa bahagian IT untuk tengokkan komputer yang tak ok aritu.

Ngantuk ke tuwwww... mama tak bagi ikut, nak ikut juga...

Singgah Parcelhub USJ jap drop-off barang...

Singgah pejabat pos sekali.. ada urusan sikit...

Masuk dalam Mydin.. tak tau nak cari apa...  tapi bukan nak cari Cik Corona ya... SOP tetap jaga... 

Balik singgah beli nasi bajet kat Subang Bestari.. RM3.50 jer...  ayam dia pun sedap.. panas-panas lagi.. Memang berbaloi la...

Simple macam ni yang anak-anak aku suka.. diorang tak reti makan banyak lauk..

Sebelah malam pula aku masak sambal sotong kering ni untuk dibuat sarapan makan dengan nasi lemak pagi esok.. 

aku ni tak berapa mahir masak nasi lemak.. tak reti nak buat anggaran letak santan tu banyak mana... terlembik pulak.. takperlah.. asalkan rasa tu ada. hahaha.. nasi lemak ni pun sebelum tidur aku dah masak. Esok senang, tinggal nak makan jerrrr.










07 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 342 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, Disember 07, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Isnin : 07/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-265


Monday blues!

Hari ni untuk sarapan, aku goreng jer donut dua versi yang aku buat semalam.. Pastu aku buat nasi goreng simple untuk anak-anak.. 
Jimat dan cepat.

Kalau ada yang perasan yang semenjak anak2 aku ada kat sini, aku asyik buat nasi goreng simple jer, tu sebenarnya request dari diorang sendiri. Sampaikan anak aku yang Ainul tu kata, hari2 makan nasi goreng simple pun tak apa. Sebab memang favourite dia... Aku pun perasan dah, kalau aku masak beria pun, nasi tak abis.. Tapi kalau aku masak nasi goreng, memang licin.

Gerak pergi ofis. Hari ni awal sikit aku gerak sebab dah settle semua kerja awal.

Sampai opis, aku ke kantin jap cari sarapan. Gedik kan? Padahal kat rumah tadi dah masak... 

Err.. sebenarnya bekal aku tertinggal kat rumah.

Gambar tahun bila entah. Kurus asben aku time ni..

Kunci motor siapa entah aku terbawak balik ni... Siap masukkan dalam wallet lagi..

Pikir punya pikir baru ak teringat... sebenarnya aku nak ambik pendrive aku tadi atas meja, pastu letak dalam wallet. Rupanya pendrive aku tak ambik, tapi aku terambik kunci orang lain. Rasanya ni kunci motor Sarjan Adam.. nasib baiklah memang motor dia tu dia tak bawak balik rumah... dia tinggalkan kat opis jer supaya senang dia nak keluar beli makanan..

So selamat la.. kalau tak memang dia tak balik rumah la... Kunci motor tak ada.

Malam order makan kat Foodpanda lagi. 
Aku ni memang sejenis yang malas nak masak.

So, tolong jangan tiru perangai aku.

Daaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


06 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 341 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, Disember 06, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 06/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-264



Si Ainul kata hari ni nak makan sosej dengan crab stick jer.
Mama pun suruh dia goreng, sekali dengan telur. Hari ni mama nak rehat.

Dah petang sikit baru buat donut... versi pandan dan original.. First time aku buat donut guna acuan.. biasa aku guna tangan jer..

Donut pandan dengan gula perang.

Frozenkan.. Nanti senang kalau nak makan, tinggal goreng jer...


05 Disember 2020

Chapter 12 : Disember 2020 ~ Page 340 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, Disember 05, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Sabtu : 05/12/2020

PKP / MCO : Hari Ke-263


Ingat pagi ni nak jogging. Tapi tak tau kenapa tak pergi. hahaha

Pergi econsave, ingat nak cari aiskrim murah macam yang beli kat Econsave Taman Daiman Kota Tinggi aritu, tapi tak ada pulak kat Econsave sini. Takperlah.. beli aiskrim lain jer...

Hari ni buat mee sup guna lebihan aksesori oden yang ada lagi semalam.
Daging tu memang ada dalam peti ais rumah aku... stok daging qurban aritu.. aku jarang masak, kalau masak pun sikit jer untuk aku makan sorang.. tu yang masih berbaki lagi dalam peti ais.


Sambil-sambil tu aku buat kek pandan ni untuk anak-anak aku makan

Tenggelam sudah cokelat yang aku letak kat atas kek tu. haha

Sedap.




PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review