Sahabat

Halaman

24 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 329 Of 366

By Dalia Hassan at Selasa, November 24, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Selasa : 24/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-252


Off day.. Banyak perkara yang nak disettlekan hari ni...


Stok terakhir overnight oat untuk sarapan pagi ni. Kena makan untuk bekalkan tenaga aku hari ni.

Eh. Tambah sikit lagi la tenaga. Makan donut. InshaaAllah kenyang sampai malam. ehek!

Pagi dalam pukul 9 aku ada appointment dengan Proton Servis untuk servis kereta aku. Esok nak gerak balik Johor, so kena la servis siap2 lagipun memang dah sampai masa untuk di servis.



Selesa gak duduk dalam ruang menunggu ni. Yang penting boleh buat air sendiri dan ada station untuk cas henpon. Kalau nak tengok tv pun ada disediakan.

Settle servis kereta, misi mencari coklat untuk dibuat kek petang nanti.

Mencuci kesayangan walaupun dalam musim hujan sekarang ni.

Anjing ni... tak tau kenapa dia asyik ikut aku dari depan dobi matahari, siap halang kereta aku.. aku dah bagi dia makan, tapi dia tetap kejar.

999 KM

Settle melarikan diri dari Encik Anjing yang halang kereta aku, aku terus ke JPJ Shah Alam untuk tukar nama kereta lama aku tu.

Babai kereta. Semoga berbahagia dengan owner baru.

Misi mencari Din Sardin @ JPJ

Panjangnya beratur, tunggu sesi lepas rehat..

Sebelum balik rumah, aku singgah makan dekat KuWa Kitchen jap. Makan nasi ayam penyet. Aku suka sambal dia, sedap. Kena dengan selera tekak aku ni.. Dah kenyang, kejap lagi bolehlah aku sambung kerja kat rumah... siapkan order customer Shopee.

Siap. Kejap lagi boleh packing...

Snek makan malam aku...






23 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 328 Of 366

By Dalia Hassan at Isnin, November 23, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Isnin : 23/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-251


Pagi ni otw pergi kerja, ternampak kereta Sarjan Adam... Pelik pulak aku dia lewat hari ni.. Biasanya dia sebelum pukul 7 dah sampai ofis. Rupanya dia ada hal pagi tadi, tu yang lewat tu...

Berapa hari makan oat, hari ni dah rasa loya tekak pulak nak makan.

Keluar jap pergi drop-off barang kat J&T...

Cik Adam bawa pulut dengan serunding daging. Alhamdulillah. Rezeki hari ni.

Masa pergi J&T tadi, aku singgah Gerai Endang jap beli Nasi Ambeng.. walaupun tak lengkap macam yang aku boleh dapat kat kampung aku, tapi tetap boleh diterima oleh tekak aku.

Sebelum balik, singgah kedai bakeri kat sebelah IPD... cari bahan buat kek yang dah nak abis stok. Syukur jugalah ada kedai ni dekat dengan ofis aku. Senang nak beli apa-apa...

Malam tekak ni terasa nak makan chicken chop plak. Order kat Restoren Buana guna foodpanda. Beli sekali meatball grilled. 
Bolehlah...

22 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 327 Of 366

By Dalia Hassan at Ahad, November 22, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Ahad : 22/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-250


Malam tadi aku goreng donut frozen Kak Wani, tiga biji.. Tapi tak cukup... so pagi ni aku goreng 4 bijik. Alhamdulillah. Gemuk. Tertuang gula banyak pulak... tapi takpe.. aku dah ketuk-ketuk sebelum makan. Karbo tinggi kauuu!

Perabihkan stok buah yang ada dalam peti ais sebelum aku balik kampung nanti...

Panaskan nasi goreng daging semalam. Aku memang biasa macam ni ya kawan-kawan. Kalau masak, mesti untuk dua tiga hari punya sebab kalau aku masak, bukan untuk makan sorang. Tak reti masak macam kat kedai, goreng sorang makan.

Aiskrim potong kaki perisa kacang merah.
My all time favourite. 

Tengahari ni pergi mendobi kat dobi matahari.. Rasa dahaga sangat, tapau nescafe ais kat restoren sebelah...

Masa aku balik Segamat sebelum ni, mak aku ada cakap yang dia nak power bank sebab henfon dia cepat makan bateri. So aku belikan la kat Shopee... aku beli dua, tapi tak tau nak bagi yang mana satu kat mak aku. Rasanya aku bagi yang putih kut, sebab dah siap ada kabel. Kalau yang pink tu kena sambung kabel lain.

Lepas maghrib aku mem baking pulak... siapkan order untuk customer Shopee...

Masuk empat loyang sekali dalam oven...

Hari ni aku makan overnight oat at night. 
Bolehlah... tak semestinya makan time sarapan, kan.




21 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 326 Of 366

By Dalia Hassan at Sabtu, November 21, 2020 0 comments

Assalamualaikum wbt


Sabtu : 21/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-249


Aku ingat nak pergi jogging pagi ni.. tapi berat rasa hati. Yelah... baru lepas hujan, mesti jalan licin. So aku tariklah selimut semula.

Itu lebih baik.

Kannnn?

Menu sarapan aku pagi ni.
Diet konon..


Menu tengahari aku... Nasi Goreng Daging Qurban.
Peh! Mabeles!

Sekali tengok macam Nasi Beriyani pulak..

Malam aku goreng donut frozen yang beli kat kak wani. Makan panas2, memang hilang ingatan untuk diet.
 Nikmat tak terkata...

Oklah... Memang diari hidup aku ni, dipenuhi dengan makan jer. So siapa-siapa yang baru terbaca blog aku ni, jangan hairan sangat yer... Sis memang macam ni.. kaki makan... semua sis telan kecuali daging kambing, tak boleh lalu kat tekak sebab masa sis kecik2 dulu, abah sis bela beratus-ratus ekor kambing. So kambing-kambing tu dah macam kawan-kawan sis dah. Bila jadi lauk, tak tertelan rasanya.

Itulah sedikit kisah masa lalu sis.
Bosan tak?
haha!




20 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 325 Of 366

By Dalia Hassan at Jumaat, November 20, 2020 0 comments

  Assalamualaikum wbt


Jumaat : 20/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-248


Sebelum tidur malam semalam, aku sempat la buat overnight oat untuk dibuat sarapan untuk pagi ni.

Aku letak mangga dan anggur sebagai aksesori yang sihat dalam overnight oat ni.

Dalam tengahari, orang yang supply komputer sampai untuk hantar 4 biji komputer pada kami. Alhamdulillah... tepat pada masanya. Komputer lama aku memang bermasalah... Selalu ter restart sendiri. Kekadang sakit mental dibuatnya. Ye lah... tengah2 guna, termati sendiri.

Ingatkan kenyang sampai malam la makan overnight oat tu. Aduhai... belum tengahari lagi perut dah berbunyi. I is stress. Terus ke kantin cari makanan. Tengok2 ada coq sayuq cicah sambal kacang. Sedap hoiiiii!

Balik kerja, singgah Uptown Kota Damansara, tapau Nasi Tiga Budak Gemuk..
Alang-alang lalu la dekat Pasar Malam Kota Damansara ni.. lama tak pergi... tapi aku tak beli apa dah sebab aku dah tapau Nasi TBG.


Dapat notification yang barang yang aku order kat Lazada dah sampai kat IPD... tanpa berlengah aku terus ke IPD... Esok lusa aku tak kerja, risau pulak kalau barang aku tu hilang. Pada aku barang tu mahal, walau mungkin pada korang, murah jer.

Tu dia... Sebenarnya aku beli external hard disk kat Lazada... Brand Seagate. Nak transfer segala dokumen yang ada dalam komputer aku sebelum di ganti dengan komputer baru.
 
Nasi TBG tu aku makan kat opis jer... Malas la bawak balik rumah. Bukan apa... perut aku dah makin lapar ni. Minta diisi.

Misi dietku hari ni GAGAL.
Bak kata kawan aku, gagal di permulaan itu tak mengapa. 
Esok cuba lagi!

Ehek!!!


19 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 324 Of 366

By Dalia Hassan at Khamis, November 19, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Khamis : 19/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-247


Off day.


Sarapan aku hari ni. Makan sambil mengenangkan nasib diri yang hidup sendirian kat sini... 
Bila aku stress.. aku makan. Bila aku makan, maksudnya aku tengah stress. 

Bila sedar diri yang badan aku makin naik akibat dari stress yang melampau lalu menyebabkan aku makan banyak, maka aku pun ke NSK Kota Damansara untuk mencari buah-buahan sebagai makanan diet aku untuk dimakan bersama oat.

Alah. Pendek cerita, nak buat overnight oat la... nak makan makanan yang sihat.

Aku kalau nak beli buah memang suka ke NSK sebab banyak pilihan buah. Macam-macam ada. Pilih jer nak yang mana.

Alang-alang dah ke Kota Damansara, balik dari NSK aku terus ke Bake With Yen, nak topup bahan buat kek mana yang dah nak abis tu.

Lepas masuk Bake With Yen, singgah Speedmart sebaaris tu, semata-mata nak cari aiskrim potong ni.

Balik dari Kota Damansara, terus ke Subang Bestari, depan Klinik Syifa' untuk ambil Ayahman Scones yang aku order kat penjual. Dia minta aku ambil depan klinik ni.

First time makan. Memang terbaiklah... makan panas2.. masuk dalam microwave dalam seminit. Pehhhhh! Sedar tak sedar empat ketul telan sorang2...

Menu makan malam aku order guna Foodpanda. Macam pelik jer bihun sup ni.
Simple sangat.

Malam on laptop. Rasa macam tak puas jer tengok skrin laptop, kecik sangat. Tu yang aku sambung ke tv. Besar... puas hati.

Tak sedar pukul berapa baru aku tertidur depan laptop. 
Sedar-sedar dah pagi.






18 November 2020

Chapter 11 : November 2020 ~ Page 323 Of 366

By Dalia Hassan at Rabu, November 18, 2020 0 comments

 Assalamualaikum wbt


Rabu : 18/11/2020

PKP / MCO : Hari Ke-246


Hari ni banyak masa aku dihabiskan kat pejabat. So tak banyak la yang aku nak ceritakan di sini... Sengaja aku balik lewat, kalau balik awal pun tak ada apa nak buat kat rumah tu. 


Banyak kerja kat opis, sedar-sedar perut dah rancak menyanyikan irama keroncong. Rupanya pagi tadi aku tak sarapan. Nak beli makan kat kantin, aku rasa tak berapa selera pulak. Bukan tak sedap, tapi mungkin sebab dah terlalu kerap beli makan kat kantin. So agak sedikit bosan disitu. Hari ni aku rajinkanlah diri juga naik tangga tingkat dua berek untuk ke kedai Cik Awang. Walaupun kedai Cik Awang tak banyak pilihan makanan, tapi masakan wife dia memang sedap. Yang penting ada sambal belacan.

Nampak roti, aku terus beli dan makan kat situ jugak. Lapar punya pasal. Nasi aku bungkus, boleh makan kat opis jap lagi.

Alhamdulillah sedap dan kenyang

Dah kenyang, aku rempit jap pergi J&T untuk pos barang customer. Mujurlah J&T ni kat area depan ni jer... so senanglah aku nak berurusan.

Malam tak ada apa aktiviti aku buat kat rumah... Hari ni aku tak ada buat order customer.. InshAllah esok baru aku akan buat. So hari ni ada masa lama untuk guling-guling jer sambil layan socmed.


PayPal

 

The Kakya Joyah Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review